♥ FOLLOWERS ♥

Friday, December 28, 2012

28.12.2012 ~ Happy Birthday to me.

Assalamualaikum.
Hello peeps and readers

28 Dec ~ hari ni adalah birthday fae yg ke-24. hari lahir pertama sebagai seorang isteri. dan yang paling best birthday pada tahun ini jatuh pada hari jumaat. juga hari jumaat terakhir pada tahun 2012 ini. semoga dirahmati Allah. terima kasih kepada semua yang wish birthday fae tak kira di fb, twitter n whatsapp , terima kasih banyak-banyak. fae mohon anda berdoa semoga fae dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kekal bahagia bersama family hingga ke jannah. ;) doa kalian amat fae hargai ;) terima kasih semua ♥♥♥




terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

belajar hidup berdikari

Assalamualaikum
Hello peeps and readers

diam tak diam dekat sebulan jugak fae tak update belog ni. bukan melarikan diri pun tapi teramatlah bz mempersiapkan diri, eh bukan. mempersiapkan rumah. amboi, kemain bz nye tu kan. selepas lebih kurang dua bulan duduk dengan family akhirnya ktorang decide untuk hidup berdikari ;)

rumah yang kami sewa tu taklah jauh sangat dari rumah mak. kat area Damansara jugak. almaklum lah still lagi nak duk bawah ketiak mak, nanti ada pape boleh lari pergi rumah mak. kihkih. sebulan yang lepas memang weekend agak bz sebab ktorang duk mengemas dan mengecat rumah ikut pilihan kami. tukang cat and mengemas semestinya tugas incik asben. tugas fae tengok je. incik asben tak bagi buat keje. sebab semua tu keje lelaki.

bila dah settle cat mengecat tugas fae mengemas pulak. bila barang dah bawak masuk baru fae mulakan tugas mengemas segala pakaian. alahai. macam banyak la pulak mengangkutnya. rasa macam penat pulak. so fae buat slow slow. Alhamdulillah setakat ni dah settle la semua tuh. -,-

now baru dua minggu ktorang stay sana. nak berdikari sangat kan. rasakan. hihi. tapi best tau. bila dah ade rumah sendiri dalam kepala duk fikir nak design rumah macam mane. hehe. super excited. tapi kena slow slow sikit la nak beli barang bagi complete satu rumah.

nak rumah mcm ni boleh? super cute ;)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, November 26, 2012

kisah hujung minggu.

Assalamualaikum
Hello peeps and readers

sejak kebelakangan ni tengahari memang panas terik kan. bukan puteri lilin, bukan takut panas, tapi bila tengok panas terik lain macam terus hilang mood nak keluar merayap pergi lunch. kalau boleh dah beli makanan terus balik. sungguh. bukan apa takut effect kepala otak, dan dan situ nak pening kepala bagai -,-

macam hari ni, perut request nak makan bubur ayam je. haa. senang. pergi beli terus lepak kat butik. melantak bagai nak rak. perut dah kenyang, mata mula mengantuk pulak. parah! -,- actually badan tak berapa sihat sangat, tu yang makan bubur je. ;)

tadi tu mukadimah je,sekarang baru nak update cerita sebenar. bukan rekaan. ececeh. weekend ritu fae pergi kenduri kawan-kawan. amboi! kemain. sekarang ni turn makan nasi minyak kawan-kawan pulak. hari sabtu pergi makan dengan incik asben. pergi IKEA. dah nama pergi IKEA memang meatball tujuannya pon. hee ;) mengidam sebab dah lama tak makan. kemain mengidam. haha

lepas tu makan cepat-cepat sebab lepas maghrib nak balik kampung. haa.. rajin incik asben ajak balik kampung. balik kampung sebelah fae tau. al maklumlah asben takda kampung. so kemain dia suka sebab kat kampung fae ada sawah. incik asben suka ;)

keesokkan harinya rempit balik damansara sebab ada dua kenduri nak kena pergi. dua-dua kawan. amboi, hari ni perut mewah dengan makanan. hihi. dari kampung shoot pergi Paya Jaras. kat situ fae jumpa kawan-kawan masa sekolah dulu. btw, Selamat Pengantin Baru Alifah& Faiz. dua-dua kawan sekolah fae. hee;)

dah makan terus gerak pergi Kota Damansara pulak. ada sorang lagi kawan kawin. nasib la hari yang sama. nasib baik dekat boleh pergi dua-dua sekali. yang pengantin ni pecah rekod sebab dorang buat bersanding kat dalam bas Rapid. amboi! kelas ko jah! ada kelainan sebab pengantin perempuannya bekerja kat syarikat tu. eh, kalau korang perasan ada masuk paper tau ;) paper ape? tak sure pulak. maaf. oh ya Selamat Pengantin Baru buat kak Cda & pasangan. ;)


kat situ jumpa kawan-kawan rapat pulak. haa.. bila semua dah kawin kemain susah nak jumpa nak lepak macam dulu lagi. bila ada kenduri kawan-kawan baru boleh jumpa gelak sakan macam tak pernah jumpa setahun. haha. yang ternyata hari tu tersangat kenyang sebab bila sampai rumah fae terus bantai tido. oh gemok. -,-


sekian.

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)