♥ FOLLOWERS ♥

Monday, November 26, 2012

kisah hujung minggu.

Assalamualaikum
Hello peeps and readers

sejak kebelakangan ni tengahari memang panas terik kan. bukan puteri lilin, bukan takut panas, tapi bila tengok panas terik lain macam terus hilang mood nak keluar merayap pergi lunch. kalau boleh dah beli makanan terus balik. sungguh. bukan apa takut effect kepala otak, dan dan situ nak pening kepala bagai -,-

macam hari ni, perut request nak makan bubur ayam je. haa. senang. pergi beli terus lepak kat butik. melantak bagai nak rak. perut dah kenyang, mata mula mengantuk pulak. parah! -,- actually badan tak berapa sihat sangat, tu yang makan bubur je. ;)

tadi tu mukadimah je,sekarang baru nak update cerita sebenar. bukan rekaan. ececeh. weekend ritu fae pergi kenduri kawan-kawan. amboi! kemain. sekarang ni turn makan nasi minyak kawan-kawan pulak. hari sabtu pergi makan dengan incik asben. pergi IKEA. dah nama pergi IKEA memang meatball tujuannya pon. hee ;) mengidam sebab dah lama tak makan. kemain mengidam. haha

lepas tu makan cepat-cepat sebab lepas maghrib nak balik kampung. haa.. rajin incik asben ajak balik kampung. balik kampung sebelah fae tau. al maklumlah asben takda kampung. so kemain dia suka sebab kat kampung fae ada sawah. incik asben suka ;)

keesokkan harinya rempit balik damansara sebab ada dua kenduri nak kena pergi. dua-dua kawan. amboi, hari ni perut mewah dengan makanan. hihi. dari kampung shoot pergi Paya Jaras. kat situ fae jumpa kawan-kawan masa sekolah dulu. btw, Selamat Pengantin Baru Alifah& Faiz. dua-dua kawan sekolah fae. hee;)

dah makan terus gerak pergi Kota Damansara pulak. ada sorang lagi kawan kawin. nasib la hari yang sama. nasib baik dekat boleh pergi dua-dua sekali. yang pengantin ni pecah rekod sebab dorang buat bersanding kat dalam bas Rapid. amboi! kelas ko jah! ada kelainan sebab pengantin perempuannya bekerja kat syarikat tu. eh, kalau korang perasan ada masuk paper tau ;) paper ape? tak sure pulak. maaf. oh ya Selamat Pengantin Baru buat kak Cda & pasangan. ;)


kat situ jumpa kawan-kawan rapat pulak. haa.. bila semua dah kawin kemain susah nak jumpa nak lepak macam dulu lagi. bila ada kenduri kawan-kawan baru boleh jumpa gelak sakan macam tak pernah jumpa setahun. haha. yang ternyata hari tu tersangat kenyang sebab bila sampai rumah fae terus bantai tido. oh gemok. -,-


sekian.

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, November 20, 2012

lemak bertakhta di badan.

Assalamualaikum
Hello peeps and readers

perut dah boroi giler sebab baru lepas lunch je tadi. panas sangat tengahari ni takde mood langsung nak keluar bermaharajalela nak cari makanan penyedap perut. tapi ku sungguh bersyukur punya bos yang sangat prihatan kepada diriku ini. kudus -,- maknanya tengahari ni lunch bos yang tolong tapaukan untuk fae. Alhamdulillah. terima kasih bos ku syg ;) (bos fae perempuan tau. cantik !)

sejak akhir akhir ni Alhamdulillah. cuaca makin baik. sebab tu fae jadi pemalas tahap dewa nak keluar lunch. tapi disebabkan lapar. terpaksa. langkah kaki kubuka juga. kalau tidak terperap je kat butik ni makan apa yang ada. heee ;) 

bila tahap pemalas makin menular dan sebati dalam jiwa fae MAKA berat badan kemain naik 3kg youuuu! oh my! ape jadah ni kemain mendadak naik. haha. rasa nak goncang2 penimbang tu, dia salah kot! =p yea kawan-kawan, dengan badan yang semakin berat ni dahku selalu rasa penat tau. nak pergi jogging macam dulu? 1001 alasan ku beri. malas! -,-

disebabkan susah sangat nak dapat lemak banyak-banyak cenggini rasa sayang pulak nak buang. wakaka. sebab taknak pergi jogging or apa-apa yang sewaktu dengannya untuk menyahkan lemak dalam badan ini. kemut. -,-

eh, nak tunggu lagi la bape banyak berat badan naik boleh pergi. ada sampai 60kg ++ tak? boleh cenggitu? parah x_- sesiapa yang dah ade penyakit macam fae ni? mari share ;)

p/s : 20/11/12 - hari paling best dan excited sgt tau. heeee ;)

   

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, November 15, 2012

dapur masak ada turbo.

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers

Salam Maal Hijrah buat semua umat islam apa aktiviti korang semalam? balik kampung?lepak dengan family or korang kena keje?triple kot. heee :) Alhamdulillah. semalam fae cuti dan dapatlah rehat kat rumah. eh, tak jugak. semalam macam jadi suri rumah sepenuh masa tau. ;)

semalam punya angan-angan, dah cuti nak bangun lambat-lambat nak tido puas-puas. boleg cenggitu? tak bolehhh! dan tak dapat. pagi semalam kena bangun buat breakfast untuk incik asben. eh dulu before kawin alamatnya tengahari baru mencekik tau. breakfast+lunch sekali. sekarang cuba kau buat cenggitu. besok laki kau bawak madu untuk kau fae. oh mannn! taknak! kahkah.

oleh itu, kau jangan nak buat pasal fae. baru bape bulan kawin dah ada madu. mintak simpang! so pagi semalam buatlah nasi goreng. kan senang tu. makan kejap dengan incik asben. incik asben makan tak banyak sebab dia pembenci bawang. cemana eh nak masak sebab nak tumiskan guna bawang baru sedap aromanya. haih. tapi taktau pulak kalau dia makan sikit sebab tak sedap. tapi katanya sedap. penyedap hati je tu. haha. tapi fae makan rileks je berpinggan-pinggan. haha. x_x

tengahari masak untuk incik asben dengan adik-adik. mak pergi surau ada masak-masak untuk ceramah maal Hijrah malam semalam. so kat rumah yang tinggal fae je la pun dengan hero-hero semuanya. nak taknak kena masak jugak dekat rumah ni. -,-

incik asben dengan adik-adik request nak makan sambal ayam. ewah! kemain nak requestrequest bagai. haha. nak menyedapkan hati dan mengenyangkan perut semua pihak maka fae pun masaklah. alkisah semalam jadi suri rumah kan, siap jaga adik lagi tau. tengah duk best masak sambal tu, adik yang bongsu meragam pulak dah. haih. dah takmau kat org lain selain fae. nak pujuk dah satu hal sampai sambal kat dapur tu dah boleh hangit tau dak! heeee. tengok tengok kat dapur dah nak hangit tau. nasib boleh diselamatkan lagi. dahku lupa yang dapur masak mak ni ada turbo. yea ade turbo. ktorang adik  beradik cakap mcm tu sebab apinya terlampau kuat dan boleh hangit kalau masak apa-apa walau goreng telur sekalipun. hah, sape suruh bukak api kuat-kuat kan. amik habuan =p

nasib baik la cepat sedar tau. maka tengahari semalam makan la masakan fae. walaupun masak yang simple-simple je tapi licin tau.hihi. lepas tu bila petang balik rumah mak mertua pulak sebabnya mak mertua masak laksa. dah lama mengidam nak makan laksa. haha=p memang makan banyak la cite dia kan. dah tak cite banyak telan je. Alhamdulillah. sangat kenyang.

ni jelah pun aktiviti fae semalam. hari ni dah start keje. malasnya nak pergi keje. lepas tu pukul 12 bos call suruh balik. tak payah keje. bos faham mood cuti ada lagi kot. tak cite banyak memang terus balik rumah. haha.



terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)