♥ FOLLOWERS ♥

Monday, June 11, 2012

berjaya memanjat bukit ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

::gambar sekadar hiasan::

semalam, ye begitu cepat fae mengupdate kisah semalam pada hari ini..selalunya pasti dua tiga hari mungkin, seminggu mungkin baru sempat nak update! hati rasa gembira mungkin tetiba jari jemari menari hebat diatas keyboard..ewah! <-- ce kira berapa banyak 'mungkin' 

bermula dengan pagi..aktiviti pertama adalah bangun pagipagi, mandi serta solat dan kemudian kejut incik tunang supaya dia dah bangun dari tidur walaupon dia yang mengajak fae pergi jogging! ye, dah berapa lama fae tak jogging? dah rasa segala keberatan di badan ini..pasti !-,-

hari ni incik tunang datang amik saya kerana kereta ada prob! kenapa?fae akan ceritakan kemudian..then pkul tujuh lebih dia dah sampai ruma tapi fae tak siap lagi pon..biasalah perempuan, nak pergi jogging pon haruslah cun kan?mungkin fae sorang je kot macam ni..-,-

semalam kami tekad dan nekad nak menakluki bukit dekat TTDI tuh..cis! ayat haruslah hebat belaka..taktau apa nama..tapi kat situ la tempat orang jogging..juga ditemani dengan kera-kera yang bersepah..heee! tapi kera tuh tak kacau orang tau melainkan korang yang ada hati nak kacau dia! -,-

hey jangan taktau semalam ktorang berjaya menakluki bukit tu tau! haa..cuba korang bayangkan jogging sambil panjat bukit?acane? ada bole bayang tak?sumpah penat kann? pasti sebab ini kali kedua ktorang pergi, first time pergi pancit dah tak larat nak naik tau then ktorang turun terus blah pergi makan..itu lagi bagus mungkin! -,-

dah lepas jogging haruslah perut menggelegak nak air bukan?macam biasa kitorang pergi makan isi perut dulu  then pergi rumah bestfriend fae untuk hantar tudung yang dia order..dah lama tak jumpa n lepak dengan dia..sumpah rindu! :)

p/s : sambung next entry yea! 

p/s : ohh ya..sapa-sapa yang nak shopping tudung boleh singgah AREEZA SHOP ! :)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, June 7, 2012

bintang origami ! ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps  and readers..

tak tahu nak cakap cemana lagi betapa bosannya hidup minggu ni..mungkin orang lain rasa macam best tapi bagi fae asal masuk ofis je confirm rasa macam nak balik -,- mood kerja memang kelaut sejak kebelakangan ni..semangat macam hilang pulak..>,<

taktau, taktau.dalam pale otak ni dah macam-macam sangat pikir kot sampai dah taktau nak fikir apa lagi..dalam duk serabut serabut bagai ni fae buat bintang origami..haa..kan dah ade keje..sapa yang taktau bintang origami tu cemana rupa?meh nak tunjuk sikit..-,-


haa..nampak tak?cantik kan..then benda yang paling fae perasan sangat-sangat adalah kecintaan fae terhadap rainbow colour..kalau boleh semua benda nak pelangi bagai..taktau kenapa?heee! bila dah buat bintang origami ni dah macam-macam pulak idea kua untuk buat something..;)

ada sesiapa yang teringin nak buat macam ni jugak? meh sini nak ajar cara-caranya..boleh isi masa lapang..heee! :)


taraa! senang je kan?tak susah mana pon..tengah malas nak buat kerja boleh buat ni, tengah tunggu boipren pon boleh buat ni, sambil tengok tv pon boleh buat jugak..lagi dasyat sambil pejam mata pon boleh buat tau..<--tipu! bila dah siap tu jangan korang buang merata-rata pulak tau sebab benda ni boleh buat hiasan dekat rumah, meja ofis atau pon dalam bilik korang! yang penting korang ada bekas transparent yang comel lote..;)



selamat mencuba! 

p/s : jemput singgah AREEZA SHOP <-- myonlineshop

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, June 4, 2012

ketemu dia ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

kalau nak dikira rasanya dah tigaratustigapuloh enam jam yakni 14hari bersamaan dua minggu fae tak keluar buang masa gedik-gedik dekat shopping complex bersama incik tunang..rasa macam lama pulak tak menggedik akibat aktiviti hujung minggu bersama family 

sedia tahu yang sepanjang dua minggu lepas berturut-turut fae pergi berjimba-jimba dengan family..ktorang pergi kenduri sambil berjalan..dua minggu lepas fae pergi Baling,Kedah sebab ade kenduri and last week pulak pergi Keratong,Pahang ada kenduri sepupu kawin jugak!=,=

tapi pergi Pahang ni balik hari je pon so hari ahad ada masa untuk rest kan..tapi masa ni la yang fae amik pergi ngedate dengan incik tunang..lagipon dia lepas baik demam kesian..baru 2 minggu tak jumpa dah boleh demam ka?haha;P


so semalam kitaorang keluar la pegi KL Festival City Mall..tempat baru..boleh tahan..sekarang dah banyak kedai..dulu masa mula-mula bukak ktorang dah pernah pergi tapi sumpah bosan yang amat..kedai pon tak banyak lagi n now dah ramai orang,kedai pon bersepah..;)

::rock bebeh::

almaklum lah bila dah ramai orang,kedai pon dah banyak bukak, nak jugaklah ktorang meronda ye dak?1st g booked ticket for movie Piranha..then pusingpusing perut lapar. terjumpa pulak Ayam Penyet..tu kan memang feberet kami..tak cerita banyak..langkah kaki sehaluan dengan hati juga perut..terus je masuk Ayam Penyet punya restoran..heee! :)

ngam ngam dengan time kitorang makan..lepas siap makan terus masuk wayang..tengok movie Piranha macam tengok cerita hantu..terkejut banyak ! haish! tapi cerita tu sekejap je..satu jam je..rasa macam sekejap ssangat! dah habis terus balik..

eh tak balik lagi sebab tetiba rasa nak karok lagi..so ktorang pergi karok pulak area setapak jugak lah! tak ingat apa nama tapi dekat-dekat dengan KL Festival City Mall tu la..incik tunang karok sampai nak hilang suara dia..haha..balas dendam nampak! :P

dah habis karok dalam pukul lapan tu trus ktorang gerak balik ke rumah..tak larat dah..penat tapi yang penting happy! :)

p/s : come and visit page AREEZA SHOP <-- myonlineshop

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)