♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, June 7, 2012

bintang origami ! ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps  and readers..

tak tahu nak cakap cemana lagi betapa bosannya hidup minggu ni..mungkin orang lain rasa macam best tapi bagi fae asal masuk ofis je confirm rasa macam nak balik -,- mood kerja memang kelaut sejak kebelakangan ni..semangat macam hilang pulak..>,<

taktau, taktau.dalam pale otak ni dah macam-macam sangat pikir kot sampai dah taktau nak fikir apa lagi..dalam duk serabut serabut bagai ni fae buat bintang origami..haa..kan dah ade keje..sapa yang taktau bintang origami tu cemana rupa?meh nak tunjuk sikit..-,-


haa..nampak tak?cantik kan..then benda yang paling fae perasan sangat-sangat adalah kecintaan fae terhadap rainbow colour..kalau boleh semua benda nak pelangi bagai..taktau kenapa?heee! bila dah buat bintang origami ni dah macam-macam pulak idea kua untuk buat something..;)

ada sesiapa yang teringin nak buat macam ni jugak? meh sini nak ajar cara-caranya..boleh isi masa lapang..heee! :)


taraa! senang je kan?tak susah mana pon..tengah malas nak buat kerja boleh buat ni, tengah tunggu boipren pon boleh buat ni, sambil tengok tv pon boleh buat jugak..lagi dasyat sambil pejam mata pon boleh buat tau..<--tipu! bila dah siap tu jangan korang buang merata-rata pulak tau sebab benda ni boleh buat hiasan dekat rumah, meja ofis atau pon dalam bilik korang! yang penting korang ada bekas transparent yang comel lote..;)



selamat mencuba! 

p/s : jemput singgah AREEZA SHOP <-- myonlineshop

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, June 4, 2012

ketemu dia ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

kalau nak dikira rasanya dah tigaratustigapuloh enam jam yakni 14hari bersamaan dua minggu fae tak keluar buang masa gedik-gedik dekat shopping complex bersama incik tunang..rasa macam lama pulak tak menggedik akibat aktiviti hujung minggu bersama family 

sedia tahu yang sepanjang dua minggu lepas berturut-turut fae pergi berjimba-jimba dengan family..ktorang pergi kenduri sambil berjalan..dua minggu lepas fae pergi Baling,Kedah sebab ade kenduri and last week pulak pergi Keratong,Pahang ada kenduri sepupu kawin jugak!=,=

tapi pergi Pahang ni balik hari je pon so hari ahad ada masa untuk rest kan..tapi masa ni la yang fae amik pergi ngedate dengan incik tunang..lagipon dia lepas baik demam kesian..baru 2 minggu tak jumpa dah boleh demam ka?haha;P


so semalam kitaorang keluar la pegi KL Festival City Mall..tempat baru..boleh tahan..sekarang dah banyak kedai..dulu masa mula-mula bukak ktorang dah pernah pergi tapi sumpah bosan yang amat..kedai pon tak banyak lagi n now dah ramai orang,kedai pon bersepah..;)

::rock bebeh::

almaklum lah bila dah ramai orang,kedai pon dah banyak bukak, nak jugaklah ktorang meronda ye dak?1st g booked ticket for movie Piranha..then pusingpusing perut lapar. terjumpa pulak Ayam Penyet..tu kan memang feberet kami..tak cerita banyak..langkah kaki sehaluan dengan hati juga perut..terus je masuk Ayam Penyet punya restoran..heee! :)

ngam ngam dengan time kitorang makan..lepas siap makan terus masuk wayang..tengok movie Piranha macam tengok cerita hantu..terkejut banyak ! haish! tapi cerita tu sekejap je..satu jam je..rasa macam sekejap ssangat! dah habis terus balik..

eh tak balik lagi sebab tetiba rasa nak karok lagi..so ktorang pergi karok pulak area setapak jugak lah! tak ingat apa nama tapi dekat-dekat dengan KL Festival City Mall tu la..incik tunang karok sampai nak hilang suara dia..haha..balas dendam nampak! :P

dah habis karok dalam pukul lapan tu trus ktorang gerak balik ke rumah..tak larat dah..penat tapi yang penting happy! :)

p/s : come and visit page AREEZA SHOP <-- myonlineshop

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, May 31, 2012

tetap seperti dulu ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

semakin lama kita kenal seseorang tu maka semakin banyak perangai atau tingkahlakunya yang dapat kita tengok kan? kadang-kadang mula-mula kenal kita hanya nampak kebaikan sebab kita hanya nampak pada luaran sahaja kan?-,-

tapi bagi fae Alhamdulillah..setakat fae kenal incik tunang selama empat tahun ni, perangai dan tingkahlakunya tetap macam mula-mula kawan dulu..mula-mula fae takut jugak, yela kebanyakkan orang yang fae kenal bukanlah seperti mula-mula fae kenal dia..so kat situ kita dah nampak truecolour dia kan?-,-

sumpah dulu perangai fae agak gedik, haha;p dengan incik tunang je lahh..dan incik tunang punya perangai pulak, dia akan cuba dapatkan jugak apa yang fae nak tapi fae bukanlah tahap sampai nak amik kesempatan! tidak sama sekali -,- dan sampai sekarang dia macam tu..memang tak pernah menghampakan -,-

kadang-kadang fae fikir jugak, dia still sayangkan aku lagi tak macam dulu even ktorang dah bertunang dan insya-Allah akan berkahwin tak lama lagi, tapi dalam lubuk hati tetap rasa macam tu bukan sebab apa mungkin sebelum ni fae dah jumpa orang yang baik buat sementara tapi lama kelamaan tak seperti yang digambarkan pada pertemuan pertama..

fae selalu jugak perhatikan tingkahlaku incik tunang dari dulu sampai sekarang, Alhamdulillah, Allah dah bagi seorang insan untuk menjaga, menghargai dan menyayangi fae..terima kasih Allah! dan fae berharap agar tingkahlaku ini akan berkekalan selama-lamanya..Amin


"tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya"

p/s : come and visit page AREEZA SHOP 

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)