♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, October 20, 2011

Ilham Nasi Kukus terbaik!

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

korang makan apa tengahari ni? ada yang belom makan lagi? haa..cepat-cepat la makan yer..kang sakit sapa nak tanggung?;) hari ni fae nak share ngan korang sikit apa yang fae makan hari ni..;) rasa macam teruja plak..ni kira 2nd tyme fae makan Ilham Nasi Kukus yang terletak di Mutiara Damansara...


dah pernah makan nasi kukus kat sini? apa rasa?sedap tak? haa..bagi fae yang baru nak jinak-jinak makan nasi kukus ni dah tentu rasanya sedap kan..hingga menjilat celah jari! hekhek..nasi kukus ni berasal dari Kelantan..sapa yang teringin nak makan tuh tak payah la nak balik kelantan jauh-jauh yer..kat sini pon dah ada..;)

kenapa fae cakap SEDAP? kalau korang nak tau rasanya macam mana korang pergi la sendiri yer..nak tunjuk pic mintak maaf la sangat-sangat..bila dah terbau tadi terus je fae melantak..tapi siyes! 1st time makan pon korang rasa macam nak makan lagi..;)

cerita banyak kat sini pon tak guna kan..so fae sertakan sekali map untuk korang jejaki Ilham Nasi Kukus ni k..;)  korang tau Mutiara Damansara kan? alaa..takkan taktau kot korang selalu duk p dating kat The Curve,E@curve n IKEA tuh..hikhik..oke meh tengok sini..-->

kalau tak nampak click bagi besaq naa..;)

agak-agak dah boleh cam kat mana? Ilham Nasi Kukus ni berhadapan dengan Surau Mutiara Damansara tau..;) lepas ni boleh la ajak family,kawan-kawan rasa nasi kukus ni k..;) Selamat menjamu selera ye semua! :)

Untuk Maklumat Lanjut
terus ke


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

yeay! dah settle !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..;)

sihat hari ni? baru hari ni fae berpeluang nak update belog balik..macam biasa ke'bz'an melanda jiwa..bukan nak tunjuk rajin semata-mata..tapi nak tak nak kena gak buat rajin..;)

dua tiga hari ni fae kena turun padang untuk settlekan tender yang kena submit hari ni..ya ampun! berapa lama dah fae tak sentuh bendalah ni semua..nak tak nak kena study balik..kena kerja keras sikit..err..selama ni keje tak keras ke?hekhek;P



Alhamdulillah..dalam masa satu hari fae dapat siapkan jugak dua tender untuk di submit hari ni jugak..hari ni rasa lega sangat sebab dah settle semua..ni kena turun padang sebab ofismate yang selalu buat tender mc coz kena denggi..

so now, fae nak blogwalking! yeay! ;) tapi before tuh, jum la kita tweet-tweet n borak-borak kat fanpage!;)

=======================
follow me on twitter
=======================
dan

=======================
=======================

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sunday, October 16, 2011

cara penjagaan kulit menggunakan TOMATO

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

seperti yang di janjikan semalam..fae ada bagitau for the next entry fae akan bagi tau cara penjagaan kulit menggunakan tomato..;) maybe ada yang dah pernah buat n maybe ada yang belum pernah tau..tapi kan fae tetap akan share dengan korang..;) mari tengok dulu khasiat TOMATO <click>

act, fae tak pernah pon praktik kan penjagaan kulit melalui kaedah ini sebab selama ni fae telan terus je tomato tu dan selamat dihadam perut fae..hikhik..kaedah ini secara luaran sahaja..tapi rasanya lebih afdal kalau kita terus makan je tomato tuh...sedap apa..;)


cara penjagaan kulit menggunakan tomato

MENGECILKAN LIANG ROMA
  • Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau.
  • Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah..urut perlahan-lahan. 
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma,
  • Selepas itu sapukan pelembap muka.


MERAWAT JERAWAT
  • Hancurkan tomato segar 
  • Sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. 
  • Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. 
  • Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

MEMBERSIHKAN KULIT MUKA
  • Hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk
  • Sapukan pada muka
  • Bilas selepas 20 ke 30 minit
p/s : 
  1. Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
  2. Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat
  3. Boleh juga sapukan campuran jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

MENYEJUKKAN KULIT YANG ROSAK
  • Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt.
  • Sapu bahan tersebut pada kulit muka 
  • Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

p/s :

  1. Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
  2. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

SELAMAT MENCUBA !

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)