♥ FOLLOWERS ♥

Sunday, October 2, 2011

lunch paling hebat, kenyang berbaloi-baloi !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers

hari ni hari isnin..nak dengar isnin rasa terus nak pengsan..bukan sebab apa pon..sifat malas lebih menguasai diri pada hari ni..semua orang rasa macam tu jugak kan..yelah, nasib badan la isnin, kau jatuh pada hari selepas cuti..hehe;P

mentang-mentang la dah nak lunch time, tetiba nak cerita lunch paling hebat..hebat ke?hebat jugak la kann sampai fae pon tanpa segan silu menambah nasi dua kali..muahaha;P nak dijadikan cerita, kak akma..ex-ofismate jemput ktorang (fae, kak ain and kak shira) lunch dekat rumah dia disebabkan this year dia tak buat open house so dia buat la makan-makan khas untuk ktorang ! :)


eksaited kemain ktorang..kak akma siap tanya lagi ktorang nak request apa-apa tak? kak ain n kak shira request tart telur yang sgt sedap! siyes tak tipu..tapi tapi untuk orang yang nafsu besar macam fae ni, mesty la request yang lain sikit kan..muahaha;P nak tau fae request apa? ---------> taraaaa!

red velvet cupcake

tart telur..yummy!

haa..meleleh air liur korang tgk kann..dah tau dah..fae yang dpt makan ni pulak macam mana..sedap weyh! adush! sampai sekarang ni terasa nikmat dia tau..haa...fyi, kak akma buat bisnes sendiri..cupcake, kek and macam-macam lagi lah..korang nak jugak?oke nnti fae bagitau cemana korang nak dapatkan cupcake macam ni di akhir entry ini oke..:)

lagi lagi paling yang di tunggu part nak makan ni la kann..korang nak tau kenapa fae cakap lunch super hebat? sebabnya makanan yang kak akma masak untuk ktorang ni memang terbaik wokk! ada ayam masak lemak, pucuk paku tumis, ada tempoyak weyh, grr! dah lama fae tak makan masakan kampung ni..terbaik! siap ada ulam-ulam lagi...sedappp sangat sampai jilat-jilat jari!-_-



haa..memang buat fae tambah dua kali la cerita dia kan..for kak akma " terima kasih banyak-banyak sebab jemput ktorang lunch kat ruma akak..tersangat lah sedap apa yg akak masak ri tuh, teringat sampai sekarang, terima kasih banyak2! :)" bertambah la berat badan fae! hihi;P

haa..seperti yang fae janji tadi, mana korang nak dapat cupcake yang sangat sedap n macam-macam lagi, jemput singgah ke :


atau


kat sana nanti korang akan dapat apa yang korang cari..apa-apa silalah berurusan dengan kak akma ye..;)

=======================
follow me on twitter
=======================


p/s :
  • baca buku je dah boleh dapat iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch dam macam-macam lagi..jum kita tengok, betul ke tak kat ------> SINI
  • jum pergi holiday with buddies kat ------> SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Saturday, October 1, 2011

kasih ibu bawa ke syurga !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

malam ni fae nak share satu kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih seorang ibu kepada anaknya..

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. 

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. 


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. 

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. 

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. 

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. 

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!" 

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. 

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. 

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" 

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. 

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. 

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. 

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka. 

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

                                   Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, September 30, 2011

ayat paling menyentap jiwa raga..terus pergi bawak diri..

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

entry kali ni berkisar tentang sentapan jiwa fae..<ada ke ayat tuh?> kalau korang pon nak rasa sentap n sedih dengan fae pon boleh jugak..sobsob..dah tamau cerita pasal makan lagi..takut nanti free-free je kena cepuk dengan korang..huhu..;(

korang pon tau kan..walaupon fae kuat makan tapi tapi sekarang ni hati tak tenang..sebab tunang fae sakit..dia kena appendiks..sebelum korang tercengang bangang tengok fae merintih tak ketahuan hala, baik korang baca dulu entry ni ---> punca fae sedih

oke, korang dah faham dah kan kenapa, mengapa tetiba fae rasa sedih..oke, kat entry tuh fae cakap incik tunang fae otw pergi hospital kan..sampai je dekat hospital, dah check semua dia kena tahan wad..ya Allah, memang tak senang jiwa raga la kan..fae kat kL then dia kat penang..wuargh!

hati ni jangan kata la..jiwa kacau habis, sikit lagi nak gila..tapi nasib baik fae sempat sedar diri..banyakkan doa je lah untuk dia..hope appendiks tu tak teruk lagi..dah la dia kat sana sorang-sorang..takda sapa-sapa teman n jaga dia..huhu..-_-

malam tuh memang ktorang bergayut jelah..risau kot! tengah best-best borak tuh, ada ayat menyentap jiwa yang tertikam dalam jiwa fae..sedih weyh..incik tunang takut appendiks dia teruk..dia suruh fae doakan untuk dia then dia cakap :

"orang tanak mati lagi,orang nak kawin dengan dia dulu.."

"kalau orang mati, syg jangan nangis tau.."

korang tau tak apa fae rasa dia cakap macam tuh, meleleh air mata perempuan wa der..memang tak boleh tahan dah la..naik bengkak biji mata sampai mak dengan abah tengok..tapi dorang tak tegur sebab dorang tau tunang fae sakit..mesti fae ngah sedih..cuba kalau dorang tegur, haa..memang tsunami terus la kat rumah tu..

esoknya, fae pergi kenduri kat Semenyih and open house rumah bff tu kan..walaupon berjalan tapi hati tetap teringat kat dia..sebab fae tak dapat call dia..masa nak pergi kenduri tuh fae tak dapat call dia phone battery kong, tengahari baru dia dapat call fae..dia cakap dia kena puasa..maybe nak kena operate..

petang fae try call lagi tapi dia tak angkat sampai la masa fae nak pergi open house tuh, baru dia call..dia cakap dia baru lepas operation je ni..ya Allah, bersyukur gila, dia dah selamat..then dia cakap appendiks dia tak teruk lagi..and tak pecah lagi..Alhamdulillah..dia selamat...

satu yang bermain di fikiran sanubari fae ni, cemana dia nak balik..ikut hati memang nak redah pergi amik dia sendiri..tapi dia tak bagi dia cakap :

" takpa lah, tak payah amik orang, orang balik naik bas je.."

tersentap jugak lah dengar..kesian dia..
takkan lepas operation nak balik naik bas..
biar betul..tak boleh jadi ni..
pas tu dia cakap :

"kalau orang naik bas dua tingkat boleh tak?tak rasa sakit sangat kot.."
(ada hati lagi nak naik bas dua tingkat tu..hihi;P)

tak boleh jadi ni..pastu fae and adik dia plan nak pergi amik dia kat penang..yeah! kena amik dia ni..sebab ktorang sangat tersentuh hati bila dia cakap nak balik sendiri naik bas..sedeyh woo..sobsob..

maka hari ahad tuh ktorang pergi penang, amik dia..memang dia happy sangat la tengok ktorang datang sana walaupon jauh..yang pergi masa tuh fae, mak dia, adik dia n bf adik dia..empat orang ktorang redah selamber..



sampai je sana terus dia sengeh lebar pastu terus dia bagi kerja kat fae..dia bagi towel suruh fae lap badan dia..haa..nak manja-manja la tuh kann..hehe..takpa, fae tak kisah..dah tengok dia senyum pon dah oke..:D lepas tuh di cakap la dia sayu je tengok orang sebelah dia, ramai family yang datang tapi dia takda..sedeh weyh dia cakap macam tuh..at least bila ktorang pergi dia dah boleh happy..;)

selepas operation

dalam pukul 8 malam dia dah boleh discharge...dia tak boleh jalan laju-laju..so fae papah la dia berjalan..then dia cakap ngan fae :

"thanx beby, amik orang kat sini.."

terharu wa beb, terharu gila la kann...wa mampu wat ape je janji dia happy..sebab dia selalu bagi fae happy..memang dia sentiasa buat fae happy..apa la sangat kan kalau setakat amik dia kat penang tuh dengan apa yang dia dah buat untuk fae..

Alhamdulillah..ktorang selamat dah sampai kat kL..terima kasih ya Allah..;)

=======================
follow me on twitter
=======================

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)