♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, April 16, 2013

My Online Shop : AreezA Shop

Assalamualikum semua
Hello peeps and readers

bila tengok je belog ni sumpah rasa kesian kerana ia ditinggalkan tanpa sebab. nak kata tuan tanah kerja tak pulak. sekarang ni dah tak kerja lagi. tapi kerja kat rumah je. Alhamdulillah, fae buat bisnes online je dari rumah. so kerja dari rumah je ditemani baby yang duk kuat menendang dalam perut ni. hee :)

dekat dua bulan dah tak kerja lagi. bila keadaan macam ni amik keputusan untuk berhenti keje dan disokong oleh incik asben sepenuhnya. tapi bila fikir duk rumah sorang-sorang nanti mesti boring tahap menggila. so cakap dengan incik asben nak continue balik bisnes online sejak ditinggalkan beberapa bulan yang lalu atas kesibukkan prepared for my wedding. 

my asben pon ok then bermurah hati keluarkan modal 100% untuk fae. dulu pun masa start bisnes online ni pun incik asben yang keluarkan modal tapi bila kerja jadi sama-sama keluarkan modal :) Alhamdulillah dah setahun bisnes ni berjalan di atas sokongan incik asben. syukur.

semakin hari semakin berkembang. Alhamdulillah dapatlah duit poket sikit untuk buat belanja fae yang gila shopping. haha. lumrah seorang perempuan kan? gila shopping. itu wajib. disebabkan tu amat jarang sekali nak update padahal banyak sangat yang nak update tau. siyesly. hari ni try nak curi masa untuk update lagi. Insyaallah :)

alang-alang dah bercerita pasal bisnes online fae ni, for sure rasa nak promote lagi kan :) wahai adik-adik, kakak-kakak, abang-abang semua, anda dijemput untuk singgah fb page AreezA Shop



di page ini, fae ada menjual Tudung Bawal / Shawl / Halfmoon
KOLEKSI TERKINI :
Selain jual secara retail, saya juga buka order untuk wholesale. so kepada pemborong di luar sana jemput singgah fb page saya untuk order. :) thank you. 

Price for Wholesale :
so ape tunggu lagi? harga tersangatlah murah. cepat sebelum anda terlepas. #selling fast

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, March 19, 2013

keadaan kini.

Assalamualaikum
Hello peeps and readers

tetiba rasa macam kekok pulak nak menaip. al maklumlah dah nak dekat sebulan membiarkan belog ini terkontang kanting sendirian menongkah arus. ececeh. dah mula mengarut. sebenarnya, hati ni dah mula rasa rindu nak menaip lagi.

nama je tak keje. konon banyak masa la nak online, nak buat itu ini, bla bla bla tapi nampaknya macam makin bz pulak bila jadi housewife ni. sapa kata housewife ada banyak masa untuk goyang kaki? tak tak. tak mungkin sempat nak goyang kaki sambil tido telentang. tak sempat tau. jangan berangan.

dulu masa mula-mula stop kerja dalam hati ya Allah bestnya lepas ni duk rumah boleh rileks-rileks. takda makna syg. rupanya jadi fulltime housewife ni lagi banyak cabaran nya. tabik spring kat mak. ingat mak duk rumah goyang kaki. baru rasa cemana penatnya jadi housewife ni tau. 

tapi dalam banyak-banyak cabaran tu ada manisnya jugak tau. bila kita buat semua ni dengan ikhlas, dengan redha, penat lelah tu semua hilang tau. lagi-lagi bila asben kita suka dengan apa yang kita buat. hilang semua penat tu tau. betul.

bangun pagi kena awal-awal buat breakfast untuk asben before dia pergi kerja. lepas tu start la buat kerja mengemas rumah. dapat rehat sekejap tengok jam dah nak tengahari. oh my. kena masak pulak. dah siap makan rehat kejap. tetiba petang rasa lapar pulak. kena buat something yang mengenyangkan perut kita dan suami macam cekodok ke whatever la. 

lepas tu dah malam kena masak lagi untuk dinner. haa. itulah rutin harianku buat masa ni. tapi dalam keadaan ku yang pregnant ni kebanyakkan kerja rumah asben yang tolong buatkan. rasa dihargai. kadang-kadang tu kesian jugak sebab dia penat kerja balik rumah kena buat kerja lagi. -,- walaupun begitu badanku tetap naik dengan jayanya. hihi. bambam melampau pulak rasanya. berat sekarang dah 51kg. kekekeh.


walaupun tak bekerja fae cari alternatif lain untuk pegang duit sendiri. even rasa diri macam takda masa tapi fae sedaya upayya curi-curi masa untuk buat bisnes online. Alhamdulillah. setakat ni sangat memberansangkan dan dapat membantu serba sedikit. 

sambil online tu sempat bercakap-cakap dengan baby. Alhamdulillah sekarang ni kandungan dah 23 minggu. dah dapat rasa gerakan baby. tak saba nak tunggu baby kua nanti. rasanya lagi macam takda masa kot. hihi. tapi fae akan cuba sedaya upaya untuk membahagikan masa membahagiakan suami, anak dan rumahtangga. in sha Allah.

**sekian saja laporan saya pada kali ini.

p/s : oh ya. jangan lupa singgah fb page AreezA Shop untuk peminat tudung bawal / shawl terkini. :)




terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, February 20, 2013

suri rumah sepenuh masa.

Assalamualaikum.
Hello peeps and readers

selamat pagi. amboi, kemain awal fae menaip entry ni yea? mohon percaya sebab memang fae yang menaip entry ni pepagi  begini. ewah. dulu kemain post entry tengahari ke petang. sekarang ni celik-celik biji mata nampak entry fae dah. hihi. ni konon la nak bagitahu la kat korang semangat dan azam baru fae selepas dah jadi bini orang. boleh gitu? hikhik :P

dulu masa bujang kemain senang hidup. nak compare dengan sekarang, jauh panggang dari api. dulu masa bujang, bangun tido mak dah buat sarapan, tinggal bangun menyentap je. mak yang bangun pagi-pagi buat breakfast untuk suami dan anak-anak dia yang pemalas macam fae. kihkih :P *mengaku*

pastu tengahari mak jugak yang siapkan lunch. kau buat ape fae? ikut mood kalau rasa mood baik memang terceruk kat dapur tapi bila mood malas datang, tah kemana aku time tuh? haish! teruk betul perangai. mak dan abah pulak dah berbuih mulut bising. 'hey, anak dara belajar masak nanti dah nak kawin pegi rumah mak mertua tak tau buat ape pulak'. haa. ni memang fae ingat sampai sekarang. -,-

pastu dah sampai masa gatal nak kawin baru la terkedek-kedek nak belajar masak. haa. baru kau tau fae. dulu masa mak bising-bising buat endah tak endah je. belajar pun ala kadar je. kira yang simple-simple tu takda la masalah lagi tapi bab yang leceh-leceh tu sikit-sikit je. itu pun tolong-tolong mak. masak sendiri dari mula taktau la jadi apa. haha

sekarang bila dah kawin, baru kau tau erti penyesalan ye fae? ku akui... huhu, terus kepala otak teringat kat mak. rugi tak belajar masak yang sedap-sedap dengan mak. tambah-tambah pulak sekarang ni dah tak keje. suri rumah sepenuh masa. rasakan fae ! dulu masa keje boleh mengelat lagi kan. balik rumah malas masak. sekarang? 



sekarang ni fae kena take over apa yang pernah mak buat dulu. now dah duduk rumah sendiri. dah jadi suri rumah sepenuh masa. pagi-pagi dah kena bangun kejut suami, buat breakfast untuk dia, siapkan pakaian dia nak pergi kerja. lepas tu dah kena kemas rumah. lepas tu tengahari kena masak, petang, malam, bla bla bla..

haa, kalau nak cerita satu-satu mau semput sampai esok. haha. sekarang baru rasa macam mana penatnya mak kita dulu. rupanya bukan senang nak galas tanggungjawab sebagai isteri. baru teringat apa yang mak bising-bising dulu. sekarang ni dah rasa. =,=

Alhamdulillah, walaupun tak pandai masak sedap sedap macam mak, incik asben still suka fae masak. dia nak fae yang masak walaupun tak sedap.haha. sekarang ni memang giat belajar masak yang super duper susah dan leceh. bukan apa biar incik asben rasa air tangan kita ye dak? kihkih.

pesanan khidmat masyarakat kepada semua anak dara yang dah nak berumah tangga dah tu, hangpa pulun la belajaq masak na. jangan menyesal di kemudian hari macam fae. kihkih :P


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)