♥ FOLLOWERS ♥

Wednesday, November 7, 2012

minat berubah

Assalamualaikum
Hello peeps and readers

harap semua sihat dan masih lagi sudi singgah belog ini. dah lama tak berupdate kembali bz katanyaa =p bila dah lama tak update tetiba datang rindunya dekat belog ni. sepatutnya sekarang ni makin rajin update tapi entah macam mana sama je kan? acaner tu?x_-

sekarang ni ada dalam 3minggu fae dah mula kerja. kerja kali ni memang agak berbeza sikit kot macam dulu..sebelum ni fae kerja dekat satu company ni tapi hanya bertahan selama seminggu je. haha. lucu betul! mungkin sebab dah terlampau lama rest kot mood nak kerja tu agak kurang -,-

n now fae keje kat butik baju muslimah. rasa macam tenang je kerja sini sebabnya fae kerja kat sini sorang-sorang je. act, butik ni nak buat jualan online. dengan sedikit ilmu yang ada fae tolong buat blog dan fb page supaya segala urusan menjadi semakin mudah. Alhamdulillah

hati ni memang more to business online la. before ni pun memang fae jual online jugak and still ada sampai sekarang. err, korang ingat tak? ke dah lupa nak singgah Areeza Shop lagi? tak baik tau. ;p rasa dah malas nak kerja ofis yang banyak komitmen tuh. nanti stress memanjang. tamau tamau.

bos kat sini jugak banyak ajar fae selok belok berniaga. ni peluang yang tak boleh dilepaskan. teringin nak belajar menjahit, buat baju sendiri, nak belajar jahit manik dan macam-macam lagi lah. minat dah beralih arah. ;)

ni fae buat, masih belajar lagi tapi dah tak sabar nak jahit kat baju sendiri. oh jahanamlah bajuku=p

oh ya, sebelum fae mengakhiri entry kali ni, korang semua jangan lupa untuk singgah page yang tertera di bawah. support me yea :) 


jemput singgah tau. now ada promotion. Happy Shopping ;)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, October 11, 2012

kehidupan berubah

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers

akibat terlampau rindu bagai nak rak dengan belog ni, hari ni fae cuba jugak untuk update walaupon berukband ni memang tak beri kerjasama langsung..tahan je selagi die boleh berkhidmat walaupon macam siput -,-

er, ada orang tanya, macam mana life sebagai isteri orang? wah, ini kalau nak story panjang lebar kot..macam mana perasaan jadi isteri orang ni? haa..sama jugak panjang lebar kalau nak story A-Z..kalau dipendekkan cerita, life totally different ! agak-agak boleh tak bayangkan apa yang different sangat tu? kalau nak tahu kenalah kahwin cepat-cepat =P

yelaa..dulu masa bujang apa benda semua fikir diri sendiri je..tapi sekarang lain, nak kena fikir yang sorang lagi tau..dulu kan kalau makan ikut dan je, kadang-kadang sampai tak makan pun takpa tapi sekarang tak boleh la macam tu, ingat perut sorang lagi tu sama macam kita ke?haha..tu yang nak kena jaga tau..makan minum, pakai dia semua kita yang kena sediakan..haa..nampak tak apa yang berubah disitu?:P

perasaan tu memang la best..kadang-kadang bukan semua benda kita kena buat, en asben ada gak tolong fae buat keje..kemas-kemas ke, masak pun penah tau :) bila kita sakit ada orang jaga..pendek kata diri kita dijaga la 100%..nampak tak keseronokkan disitu?:P

oh ya, fae sebenarnya nak update pasal hari nikah,masa majlis tapi tak cukup pic dan segala bagai bahan untuk memeriahkan entry..bukan apa bila ada pic baru rasa seronok nak baca entry yang panjang lebar tu kan?semua pic masih dekat OP..ade la dua tiga pic yang fae curik sikit dekat page OP..;P nak update pasal tu semua bukan apa, mana tau boleh jadi panduan untuk mereka yang bakal berkahwin tu pulak..kan bermanfaat tu..;)

okeylah, apa-apa pun korang tunggu la ye next update :) stay tuned !


p/s : ohh ya, sebelum terlupa AreezA Shop ada buat Clearance Sales dengan harga yang murah, jom serbu sana :)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, September 25, 2012

sah menjadi miliknya

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

agak berbulan rasanya fae tak sentuh blog ni..maupon pandang and update sekalipon..macam macam hal nak settle..macam-macam dugaan yang datang..macam macam nak kena tempuh dan hari ni memang betul-betul xdpt tahan rindu nak mengadap belog ni..

1st of all fae nak say thank pada semua yang sudi singgah belog fae even fae tak update apa pon..mesti korang ingat belog ni dah tak bertuan kan?dah beriya update ni fae nak bagitahu perkembangan terbaru fae ni..harap semua sudi baca  

selepas sahaja hari raya Aidilfitri yang lepas memang fae terlampau bz sampai diri sendiri pun terabai mungkin..banyak benda yang nak kena settle..Alhamdulillah semua dah settle..rasa lega sangat-sangat..korang semua mungkin nak tau kan apakah itu?

Date : 15 September 2012 
Time  : 2.50 pm
Place : Surau Al-Mubarak Seksyen 8 Kota Damansara

pada tarikh dan saat itu bertempat seperti diatas, fae sah menjadi seorang isteri kepada suami tercinta Ary dengan sekali lafaz..Alhamdulillah..taktau nak gambarkan macam mana perasaan masa tu..syukur padamu ya Allah  






Alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar..sampai disini dahulu buat masa ni..nanti fae update lagi dengan lebih detail lagi ye..terima kasih kepada sahabat yang hadir dan yang mendoakan kebahagiaan kami  

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)