♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, May 22, 2012

makan itu wajib bagiku !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers...

walaupon mata ku kedipkedip mengantuk tapi ku gagahkan jari untuk menaip entry ni supaya idea yang ada yang kepala otak ni tak telan dek zaman..semoga tak pupus didalam kepala..-,-

betapa excitednya dahku ingin menaip entry ini walaupon depan mata ada bos, depan mata juga kerja bersepah..haish! tetiba fae rasa otak jam sikit hari ni..tu yang update sekejap nak bagi rasa rileks..rileks la sangat kan?hee!-,-

al-kisah..pada hari Sabtu lepas, fae dah tentu-tentu cuti..duduk dekat rumah mengemas bilik yang dah macam tongkang pecah, lipat kain apa semua sebabnya hari cuti baru sempat nak buat semua ni..dan bila badan dah penat serta letih konon macam angkat batubata turun naik dari tingkat lima ke bawah, terus fae lompat atas katil dan zZzz.

dah faham, ni adalah gaya anak dara pemalas, tapi sungguh..ini betul-betul penat sampai kan fae dah lupa bab makan kerana tido lebih penting buat masa tu..dalam pukul tiga incik tunang kejutkan..tapi tiga balik lah..buruk perangai! hee!

dalam pukul lima incik tuang call..dia cakap dia dah boleh balik..then tetiba perut kemain rasa lapar terus ajak incik tunang pergi makan..masa dia call tu dia macam acah-acah malas nak pergi..tengah best bergayut tahap cipan fon dia mati pulak..-,-

tunggu punya tunggu incik tunang tak jugak call-call..dalam hati sanubari berfikir maybe dia dah sampai rumah kot..sedapkan hati sendiri..tetiba macam rasa incik tunang ada dekat bawah..terus usha dekat bawah then tengok-tengok incik tunang ada..haish! ingatkan tak jadi nak keluar, dah la tak siap apa-apa..kena tunggu la jawabnya..-,-

cepat-cepat la siap, nasib baik incik tunang tak bising..hee! lepas tu terus cakap dengan dia yang fae nak makan meatball dekat ikea! dia pon on je..yuhuu! dapat makan banyak-banyak..nak balas dendam katanyaaa...;)


haa..ce tengok betapa kuatnya kami berdua makan..yang lepas licin..kau hado?:P

p/s : to all bawal lovers come and visit page AREEZA SHOP

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, May 18, 2012

hanya di hujung jari

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

selamat bercuti kepada mereka yang bercuti pada hari in macam fae..dalam merongkah arus permodenan sekarang ni, fae rasa teruja kerana hanya dihujung jari saja kita dah boleh buat macam-macam seperti ber'fb' ber'twitter' dan berkblogging' sambil baring-baring santai macam keadaan fae sekarang! -,-

mohon jeles ye kengkawan..hanya menggunakan fon cabuk cap ayam serama bisa menghilangkan segala kekusutan hati dengan  sikap ketamakan melayari fb,twitter dan blogger tanpa memikirkan keadaan fon <-- tak lama lagi hancus la fon ini..hee!

ini bukan entry berunsur kebongkakan tapi ini adalah entry berkisar kebatakkan fae dpt online sekaligus kesemuanya social network ini menggunakan fon cap ayam serama..walaupon fae tahu ada yang gelak mengekek melihat keadaan fae sambil berkata "fae,kau ketinggalan zaman!orang lain dah macam-macam dah teroka,tapi kau sungguh kesian!" fae redha dan terima seadanya! kesian-,-

yeay! lepas ni fae dah boleh update belog dimana sahaja ku berada menggunakan fon cap ayam serama ini..lepas ni dah boleh check balance tinggal 00sen sahaja!haha..moral of the story : lagi hebat barang kau,lagi banyak duit yang kau perlu keluar!sekian terima kasih <ada kena mengena tak?:p>

p/s : nak shopping tudung?jemput singgah PAGE ini --> AREEZA SHOP


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

lunch bersama kawan @ Waroeng Penyet ♥

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

hari ni tak tau tekak kemain teringin nak makan pedas-pedas tahap dewa..wah! gitu..akibat dua tiga hari ni pergi lunch seorang diri, pepagi lagi dah cari member ajak makan kat satu tempat yang sambalnya bisa membuat perut jadi tsunami..;)

nasib baik hari ni keje tak banyak sebab semalam dah siapkan awal-awal..so hari ni sempat la nak ber fb, twitter dan belog bagai..ketamakkan ada di situ..hee! ni balas dendam seminggu tak aktif online tau! :) hari ni memang rasa lega sikit..taklah se'bz' semalam..atas meja memang bersepah..nampak sangat bz..bila bos tengok mesty dia cakap rajin staff aku..haha;p



okey, now nak story benda lain pulak..tadi fae pergi lunch dengan member fae--> pajel..this week memang fae makan dengan dia je..;) akhirnya tercapai hasrat nak makan dekat Waroeng Penyet dekat The Curve..yeah, sambal yang amat pedas memang buat perutku jadi tsunami..tapi berbaloi dapat makan..siyes macam mengidam pulak..bila dah dapat rasa happy pulak..hee! even incik tunang call ajak makan sama kat tempat lain, terus cakap taknak! hari ni memang kejam!;p

so bila perempuan dah bertemu perempuan mulalah nak buat ketupat kan? opps! tak tak! hanya borak biasa sahaja..hehe..sambil makan sambil berborak..so hari ni fae makan Lele Penyet..yakni ikan keli! :) sedap sebab ikan tu panas lagi..dan kawan fae pulak makan bakso je..tak berselera nak makan katanyaa..;)




haa..tengok kecur air liur tak tengok? hingga ke saat ini fae masih lapar lagi tau! oh ya, tadi fae baca bismillah..tapi taktau kenapa perut mintak di isi lagi..dan taktau jugak kenapa bila selera makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini..hehe! apa lagi yang perlu ku buat?-,-

p/s : to all bawal lovers, come and visit page AREEZA SHOP !

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)