♥ FOLLOWERS ♥

Monday, February 27, 2012

Adnan Sempit 2 : aku kena debik !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

baru balik dari pergi makan ni..perut kenyang walaupon rasa macam nak terbuang balik..ohh rasa macam sia-sia je makan..tak sempat duduk berjam dalam perut comel ni, tetiba dah ditendang keluar..nasib lah, makan pon benda-benda pedas..hamek habuan! -,-

takpelah, kuatkan jari jugak menaip walaupon muka dah kerut seribu..jangan tanya kenapa muka kerut, ni semua penangan makan pedas..sakit perut..-,- ni sebab dah ada masa terluang nak update, takut karang cerita ni dah basi baru terkedek-kedek nak update pulak..sungguh tak best ! 


okeylah, straight kepada isi-isi penting..hari Ahad lepas fae dengan incik tunang pergi kenduri salah seorang sahabat yang telah mendirikan rumah tangga..Selamat Pengantin Baru kepada Farhana dan pasangannya..semoga kekal hingga ke anak cucu..;)


rasa macam teruja tengok kawan sendiri..sumpah cantik giler..nak cantik macam dia juga..;) fae dengan incik tunang sampai sana dalam pukul satu lebih dan tak lama lepas tu pengantin sampai..best dapat tengok pengantin bersanding! :)

selepas menjamu selera, fae dengan incik tunang meneruskan perjalanan ke Sunway Piramid pulak..actually memang dah lama nak pergi tapi tak sempat je..ktorang hanya nak pergi G Factory..bila dah pergi sana terus pergi kat G factory tengok tengok jam sampai meleleh air liur dan balik..haa..ye balik..tak sampai setengah jam pon pergi..kihkih..penyakit malas nak berjalan..-,-


tengok jam awal lagi so ktorang pergi pulak dekat e@Curve usha jam untuk hantaran..Alhamdulillah..ada yang berkenan di hati jugak..lepas tuh ktorang decide nak pergi tengok movie pulak : Adnan Sempit 2..haa..fyi, ni kali pertama untuk tahun ni ktorang pergi tengok movie..lama jugaklah ktorang tak tengok movie macam dulu..kalau dulu every week ktorang tengok movie je..-,-

Oh ya, korang da tengok Adnan Sempit 2? jangan teragak-agak nak pergi tengok ye, sebabnya filem ni buat korang gelak terbahak-bahak tanpa henti..tak percaya korang pergi..dan kerana Adnan Sempit ni la jugak fae kena debik..kena debik dengan sapa? sapa lagi yang duduk sebelah fae..fae kena debik sebab fae dah debik dia dulu..muahaha;P bukan apa cerita ni lawak sampai rasa nak hentak-hentak orang..maka dengan itu, fae la jadi mangsa hentakan dia..haha..sumpah lawak giler..korang pergi la tengok nanti yea..


yeah, untuk filem ini fae bagi 4/5 bintang..pelakonpelakon nya sungguh tidak mengecewakan..memainkan watak watak yang cukup kelakar..pecah perut der ! tak busuk bro ! x__x

p/s :

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, February 24, 2012

bosan bosan bosan

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..


dikesempatan yang ada ni, fae try nak update belog sepatah dua kata..kalau meleret macam karangan tuh, harap korang dapat membacanya hingga ke akhir perenggan..mata dah kuyu plus malas yang makin membuak-buak dalam sanubari ini membuatkan fae malas nak menatap kerja yang bergelimpangan atas meja ni..-,-

tambah-tambah pulak baru lepas hujan..hari ni dari pagi hujan dengan lebatnya..dah rasa malas nak pergi kerja..kot kot la tetiba bos bagi message bagitahu hari ni cuti sebab hujan..tapi hampagas sebab alasan tak munasabah betul nak cuti ! cis!haha..-,-

tambah-tambah lagi pulak, berapa banyak tambah-tambah daa...hari ni ada yang cuti lagi la kesunyian..wuargh! amatlah bosan di kala ini..buat kerja tapi hati ntah kemana..bila time lunch ni paling tragis sekali sebabnya tinggal la fae sorang-sorang dekat ofis..yang lain cuti dan yang lelaki pulak pergi sembahyang jumaat..-,-

walaupon kebosanan tahap menggila, bab makan fae takkan hampakan perut..tetap ku layan 1st class dengan menyumbat nasi goreng ayam..haha..walaupon takut,bosan semua ada tapi makan tetap makan..hehe-,- lepas tu sempat la fae layan lagu lama-lama yang dah lama tak dengar..ohh feel giler kot! -,-

tengah best-best mengegarkan ofis tetiba bos masuk..haa..apa nak dikata..wa buat-buat la bz buat kerja balik..sampai disini sahaja laporan untuk hari ini..kbye! -,-

p/s : tahniah kepada Yusri & Lisa Surihani yang telah selamat di ijabkabulkan semalam - 23 February 2012
p/s :

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, February 22, 2012

senang hati badan naik !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

panas betul cuaca hari ni walaupon dah nampak awan-awan mendung..mungkin petang ni akan hujan kot..fae baru je lepas balik lunch dekat Restoran Santai, Tesco Mutiara Damansara..makan kat sana sebab nak beli barang kat ofis sekali..-,-

masuk ofis pon dah lewat, bos ada pulak tu, tapi takpe dia faham la kot..dah la lambat masuk ada hati lagi tu dengan selambernya fae update belog pulak..agak-agak makan penampar sulong bos tak?hehe;p bukan apa letih tak hilang lagi cari barang tadi, tu yang nak rileks rileks kejup..-,-

walaupon berjalan tak jauh mana..pusing pusing cari barang je tapi ketara kepenatannya tuh..tak tau kenapa..adakah badan ku semakin berisi? mungkin jugak sebab tiap-tiap bulan fae timbang confirm naik..haa..acane tuh?-,-

rata-rata kata fae dah berisi..Alhamdulillah..terima seadanya sebab badan fae ni makan la macam mane pon tetap tak naik..agaknya dulu susah hati kot..sekarang ni senang hati cepat je badan ni nak naik..tapi jangan naik sangat yea, karang tak muat nak pakai baju pengantin..muahaha;P

sebab tu sekarang ni nak maintain kan badan every weekend fae dan incik tunang pergi jogging..nak sihat tubuh badan, selain dapat hirup udara segar di samping dapat melantak kekenyangan..sebab tu la pipiku naik macam kuih pau-,-

p/s :

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)