♥ FOLLOWERS ♥

Monday, February 13, 2012

Genting go Genting ! ♥ #entry penuh gambar

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

sudah agak lama tak update..ce kira berapa hari dah fae tak update? azam ku macam dah ke laut je..azam kemain lagi nak update sampai mata korang juling baca entry fae tapi apa kan daya ke laut jua akhirnya..masih adakah yang membaca dan menyinggah ke belog ini?-,-

last update fae pasal aktiviti masa cuti CNY kan?agak-agak entry kali ni ada kaitan dengan cuti CNY lagi ke? hmm..tidaklah begitu sebab cerita pasal CNY dah abis..hehe..now, fae story pasal cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam hari tuh..;)

cuti Maulidur Rasul n Thaipusam ni pon macam CNY jugak sebabnya kita dapat cuti empat hari jugak..-,- indahnya hidup kalau macam ni sebab masa untuk kerja sangat pendek..tiga hari je keje beb! pejam celik pejam celik dah cuti balik..-,-

so now fae story apa pulak yang fae buat masa cuti hari tuh..kalau tengok title pon dah tau kan?haa..benda ni ktorang tak plan pon nak pergi..ktorang pernah plan nak pergi tapi tak pernah jadi..yang ni pon ntah macam mana tetiba rasa nak pergi..masa hari ahad tuh fae n incik tunang pergi jogging then tetiba dia ajak pergi Genting esoknya..yakni hari isnin..;)

so esoknya ktorang naik Genting berempat..adik fae join sekali dengan gf dia..(fyka)..semua sekepala..gelak-gelak happyhappy tak kering gusi..ingatkan sampai sana tak ramai orang sekali tengok, harapan la kalau genting tu tade orang..tambah-tambah tengah cuti pulak tu..-,-

excited kemain bila kat sana..kononnya nak main semua mainan walaupon rasa takut..rugi la pergi tak main kan..tapi mainan dia tak banyak sangat dah sekarang ni..macam tak best je rasa..huhu-,- nak tau best ke tak meh layan pic dulu la yea..;)



:: keexcitedan kami terserlah ::

lepas tu bermula lah ekspedisi kami untuk menakluk genting! muahaha;P lets go baby! :)






kitorang main 4-5 jenis mainan je..tapi paling kemuncak ktorang main space short ni la..memang paling terbaik la, rasa macam jantung tertinggal kat atas..masa tunggu turn tu macam-macam fae rasa..cuak jugak kot! tapi nak rasa jugak naik sebab dulu masa fae pergi fae takut nak naik bendalah tuh..kononnya pasang azam bila naik lagi sekali nak kena naik space short ni..akhirnya tercapai hajat ! ngeee!-,-

dah puas main ktorang pergi makan dan sesi mengedix depan camera..muahaha;P






tengah best best jalan jalan sekali ktorang terjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad..sumpah paling terharu dapat jumpa..amik berkat bekas pemimpin negara..Tun suka senyum n hemsem! :) sempat incik tunang salam dengan Tun dan fae sempat bergambar dengan Tun ! sangat terharu n bangga youu! -,-


okey, lepas tu ktorang teruskan bergambar dan bergambar lagi..ngee!:)





okey, dah taknak letak pic lagi dah sebab dah takda lagi..bukan takda, ade je lagi..nak tengok lagi ke?haha..rasanya mesty korang cakap TAKNAK! haha..pic yang tu je yang dapat fae share dengan korang..hmm..rasa macam nak naik lagi..maybe ramai-ramai dengan kawan-kawan! :)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, February 9, 2012

CNY #4 - One Utama + i-City

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

tidak dapat ku pastikan bila fae nak abiskan update pasal cuti CNY yang dah lama berlalu, sampai dah masuk ke cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam lagi..tapi CNY punya cerita tak habis habis lagi ni..padahal banyak je nak update..-,-

okey, ini adalah entry berangkai..so if korang nak tau kisah sebelum tuh, meh baca kat sini dulu yea :




okey, dah baca semua? okey, jum continue langkah seterusnya...ini cuti hari yang ketiga..fae dah balik Damansara..tengah lepak-lepak je kat rumah, sekali incik tunang ajak pergi OU=One Utama..terus la bersiap tak cite banyak punya..


dalam pukul dua tuh incik tunang amik fae dengan family dia sekali..rupa-rupanya dia nak belanja family dia makan..wahh! perut comel ku akan menonjol lagi..kihkih..mula-mula ingatkan nak jalan-jalan je..;) so hari tu dia belanja makan dekat Fish & Co.




:: Fish n Chip ::

makanan dia boleh tahan..sedap jugak..lepas makan jalan-jalan jup then ktorang gerak balik..balik ni bukan terus balik je..ade lagi date..siang date dengan bakal family tapi malamnya pulak ade date dengan family fae pulak..fair la kan macam tuh?:D

nak tau ktorang kemana?haa..alang-alang dah cuti ni, bawaklah adik-adik pergi i-City Shah Alam pulak..nak tengok lampu katanya..gila lah,1st day CNY kot..paling ramai la cite dia kan..jam memanjang..tension je nak drive tapi nasib baik bukan fae yang drive..incik tunang yang drive..hehe..-,-

masa pergi sana, mak ajak mak tam untuk memeriahkan majlis..cewahh! konon nak ramai-ramai la tu kann..ktorang sampai sana pon dah dekat pukul sepuloh..lepak sana sampai pukul dua belas kot..part nak balik paling leceh sebab jalan mesty jam lagi..grrr! nak dekat pukul satu baru sampai rumah..penat tapi best!x_X

meh layan pic masa dekat i-City : haruslah pic fae je yea..muahaha;P





oke sudah sudah..tak pasal pasal muntah warni warni karang..pic tu je yang ada kat tangan fae..so yang tu jela yang dapat dipertontonkan..cehh! kalau tak, memang korang semua muntah warni warni la jawabnya..-,-

korang rasa lepas ni ada ke lagi nak update pasal CNY? -,-

p/s : jawab soalan dapat pergi HONG KONG ! nak try? jum kat SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, February 3, 2012

CNY #3 - balik kampung + kenduri

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

terbantut lagi fae nak update pasal cuti CNY hari tuh..adoyai! bukan sebab malas tapi kelmarin fae tumbang lagi..demam selsema..setiap awal bulan je mesty tumbang! sungguh tak kuat nak lawan semua virus..semua ni maybe faktor cuaca sekarang..-,-

hari ni baru fae masuk keje lepas mc semalam..baru terhegeh-hegeh nak update benda yang dah berlepas..ayoyo! takpelah..janji ada bahan yang nak dihidangkan buat santapan korang..hikhik..okey, sebelum tuh meh layan dulu aktiviti cuti CNY fae yang lepas :



oke, dah baca? bukan apa, kisah cuti ni kira macam cerita bersiri pulak..sambung menyambung bagai..itupon kalau korang nak tahu kisah dari mula la..jemput-jemput la baca yea..;) oke, lets start, lepas dah balik rumah petang tuh selepas merewang kat The Curve dan melantak sampai kenyang lagi kat rumah, malam tuh ktorang semua balik kampung kat Tanjung Karang..dekat je..-,-

dah alang-alang cuti ni, memang mak rekrut kitorang semua balik kampung supaya tak jadi cucu derhaka! hikhik..masa cuti ni la nak jenguk tokwan dengan nenek..kalau tak,setahun sekali baru nampak muka, itupon masa raya..nasib baik ada raya..kalau tak, ntahntah tak balik..haish! derhaka betul! -,-

malam tuh ktorang tydo telentang sebab kepenatan..kononnya ada hati nak merayap lagi tuh tapi bila nampak je bantal terus je landing sampai ke sudah..esok paginya bangun, mak ajak pergi kenduri..best ni, dapat membesarkan perut ku yang comel lote ni..kihkih

ktorang apa lagi, siap la gediknya..padahal nak pergi makan je pon..hari ni ktorang pergi dua buah kenduri..kenyang perutku..dah siap semua, ktorang apa lagi, sambil menunggu orang lain siap ktorang snap snap pic dulu..;)



:: ini abah yang tolong snap:) ::

tengok, belom kemana mana lagi tapi dah gedik..lepas dah siap semua, ktorang pon gerak ke tempat kenduri..yeay! makan!


masa kat tempat kenduri, orang punyalah ramai..tempat pon takde..sekali fae n cousin (ain) pergi duduk kat table dekat dengan dj..haa.hamek kau selamber..kat situ je yang kosong..kering je..ktorang pon melantak dengan selamber tanpa rasa bersalah..-,-

lepas tuh, dj tuh ade bagitau ade sape-sape yang nak karoke boleh la pergi kat dia, ktorang pon bergurau.."ktorang nak karoke boleh tak?" dj tuh macam buat tak dengar je..maybe tak dengar kot sebab ktorang cakap perlahan je..takde niat nak bagi dj tuh dengar pon..dah siap makan ktorang pon berdiri kat meja makan beradab yang ada kat depan sekali..-,- tetiba dj tuh annount lagi sapa yang nak karoke boleh nyanyi..ntah macam mana dj tuh bole petik ktorang pulak, " adik-adik yang makan depan saya tadi kata nak koroke, lari pulak dia.." dandan tu pulak semua pandang kat ktorang n jerit.."haa..nyanyilah..bolehboleh! " perghh! rasa nak terjun dalam bendang..malu siot..-,-


lepas tuh terus masuk dalam rumah jumpa tuan rumah..adoyai, tak boleh blah betul..dah siap salam-salam semua ktorang pergi ke next kenduri pulak tapi tak sempat nak snap pic dah..pergi pon tak lama..masa sampai tuh pengantin tengah bersanding..dapat la cuci mata kejup! :) happy sangat time ni..




petang tuh bawak mak, nenek, tokwan dan makcik-makcik pergi cuci mata kat Sg Besar pulak..kat sini time nak raya, mak ai jangan kata la..jam teruk kot..kalah kL youu! malam tuh fae balik Damansara suda..esoknya bila dah sampai rumah ada lagi aktivitinya..nak tau fae kemana? tunggu next entry ya! :) stay tuned! -,-

p/s : jum jadi #RHBRacer di SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)