♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, January 12, 2012

Gegula Weekend Sales! **13Jan-15Jan 2012

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

fae mengupdate entry ini untuk memberi khabar gembira buat semua gadis-gadis comel lote semua yang sangat suka memakai shawl..lebih menarik anda boleh dapatkannya dengan harga diluar jangkaan! 



Gegula Shop

shawl yang mungkin menjadi pilihan hati korang, antaranya :






mesti ada yang tak percaya kan? grab it before korang rasa menyesal seumur hidup kerana ada yang korang berkenan tapi dah disambar orang! tunggu apa lagi..grab it now! :D


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

kemamaian tahap melampau !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

bertemu kembali dalam episod..cis! dah start merapu meraban ni..macam tengah mamai lagi..err..korang tau tak mamai tuh apa? takpa takpa, fae bagi tau korang k..mamai tuh macam mengigau la..lebih kurang cenggitu ler..;)

cerita bab mamai ni, fae ada satu kisah yang terjadi kat fae malam tadi akibat mamai tahap melampau! bukan nak story fae ngigau sambil berjalan..bukan bukan itu yang fae nak story ni..alkisah, fae ni kalau dah tido jangan la sapa sapa pon rajin nak ajak bercakap, berborak atau apa sekalipon yang korang suruh buat..

nescaya, segala yang fae lakukan semua tuh adalah diluar kesedaran..ye kawan-kawan fae tak sedar apa yang fae buat, cakap atau apa sekali pon..so, malam tadi terjadi lah satu kisah ngeri, eh tak, kisah lucu terjadi masa fae tido..

semalam dalam pukul sebelas, incik tunang balik kerja..bila dia on the way keje dia akan call fae sampai la dia sampai kat rumah..so bila dah sampai kat rumah tuh, dia bagitau fae yang dia akan call fae balik..yang fae pulak okeyy je, pastu terus la buat gaya mengada-ngada tunggu la sambil landing gaya paling terbaik untuk merehatkan badan sampailah fae zzzzZZZzz

dalam duk tengah best-best tido tuh, di bawah tahap kesedaran yang rendah..incik tunang ada call bagitau yang dia lepak kejup dengan kawan-kawan dia..sumpah! fae tak sedar+tak ingat yang dia ada call fae..cis! lepas tuh dalam pukul dua lebih, fae terjaga..terus fae pegang fon n call incik tunang..haramm la dia nak angkat kan..tengah best tydo kot..-,-

fae lak terus call dia, kononnya nak marah la, sebab dia janji nak call tapi tak callcall fae..call plak tak angkat so fae decide untuk text dia je..

b xlek uma ag ke?kate nak col balik..owg tggu dye col..hmmm:(

fae pon terus je call dia tanpa rasa jemu..still tak angkat..memey la..kalau fae pon tak angkat jugak..hehe;P then fae text dia lagi..

tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu tipu

walaupon mengantuk rajin plak fae nak taip msg panjang cenggitu dak?geram punya pasal..lepas tuh fae pon saja belek fon tengok ada tak call in dari dia..sekali macam ada je..mesty masa dia call fae mamai..terus rasa nak tido before fae yang kena marah balik..haha;)

pagi pagi dia call, dia cakap kenapa text tiputipu tuh bebanyak? terus fae buat macam majuk..

fae : b cakap nak call balik, tak call ponn..;(
ary : kan semalam dah call masa owg kat bawah, kan owg cakap owg lepak bawah jap..
fae : err..masa tuh owg tengah buat apa?
ary : dye dah tido..owg suh la tydo dulu..
fae : (dalam hati) dem! mesty aku mamai masa cakap dgn dye! cis!

buat malu je, lepas tuh kena bahan sampai ke sudah dengan incik tunang! grr! maluuu siot!

:: ini bukan mamai, ini fae buang tebiat makeup2 muka..haha;P ::

p/s : nak muka cantik sempurna? meh tengok ni, apa yang perlu anda buat --> CANTIK

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, January 11, 2012

fae berpeluang menjadi heroin untuk filem "Dilempang Ombak" ! Nantikan!

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

petang yang redup dan angin lagi sepoi-sepoi bahasa ni, buat hati fae tergedik-gedik nak update entry..muahaha;P baru je semalam azam kemain, tapi hari ni ntah kemana dah pergi azam tuh! cis! tolonglah bagi masa terluang yang lebih banyak dekat fae ni..kesian tau! terkejar-kejar masa nak update entry..-,-

petang-petang cenggini kalau layan drama/filem kat depan tv memang best jugak kan..macam fae ni tengah dok mengadap pc, sempat pulak la kan nak mengadap tv sambil santai-santai dekat rumah tengok tv sambil cicah roti kering dengan kopi! marbeles! x_X

ohh ya! bercakap pasal drama/filem ni, sebelum fae terlupa, fae ada benda nak share dengan korang berkenaan sebuah filem baru untuk tatapan semua..haa..korang jangan tanjat boboi pulak bila baca tajuk tuh..ini sebuah filem baru yang menampilkan bakat-bakat baru seperti Lyssa Faizureen sebagai Jenab, Mia Meymi sebagai Qarmuniah, fae sebagai Farhanoi, dan Yuyu Zulaikha sebagai Cik Yam..


:: salah satu heroin;P ::

dah tau pelakon-pelakon heroinnya, mesty korang nak tau pulak kan apa tajuk filem ni..paling paling penting sekali mesty korang nak tau siapa yang memegang watak hero nya pulak kan? jangan lepas fae bagitau ni buat korang rasa nak pengsan enampulohsaat/km suda la ye..

memperkenalkan hero untuk filem "Dilempang Ombak" --------> 

Aaron 

tapi tapi, bukan Aaron yang kat atas tuh,
tapi Aaron yang di bawah :)
.
.
.
.
.
.
.
.

inilah Aaron yang memegang watak hero untuk filem terbaru ini

haaa..nampaknya korang makin bersemangat nak tau pasal filem ni kan yang juga menampilkan hero terhebat malaya bersama empat heroinnya? fae pon memang bersemangat nak story dengan korang..filem ini akan di tayangkan pada February 2034..nantikan ya! untuk korang lebih feel nak tengok filem ni apa kata korang baca sinopsisnya dulu --> 


haa..macam mana?adakah jalan ceritanya membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk menontonnya? berikan komen anda tentang filem ini sebaiknya..terima kasih! hahaha;D

p/s : nak muka cantik sempurna seperti pelakon-pelakon filem di atas?;P meh tengok ni, apa yang perlu anda buat --> CANTIK
p/s : filem ini adalah hiburan semata-mata, tiada kaitan yang hidup ataupun yang mati..

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)