♥ FOLLOWERS ♥

Wednesday, January 11, 2012

fae berpeluang menjadi heroin untuk filem "Dilempang Ombak" ! Nantikan!

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

petang yang redup dan angin lagi sepoi-sepoi bahasa ni, buat hati fae tergedik-gedik nak update entry..muahaha;P baru je semalam azam kemain, tapi hari ni ntah kemana dah pergi azam tuh! cis! tolonglah bagi masa terluang yang lebih banyak dekat fae ni..kesian tau! terkejar-kejar masa nak update entry..-,-

petang-petang cenggini kalau layan drama/filem kat depan tv memang best jugak kan..macam fae ni tengah dok mengadap pc, sempat pulak la kan nak mengadap tv sambil santai-santai dekat rumah tengok tv sambil cicah roti kering dengan kopi! marbeles! x_X

ohh ya! bercakap pasal drama/filem ni, sebelum fae terlupa, fae ada benda nak share dengan korang berkenaan sebuah filem baru untuk tatapan semua..haa..korang jangan tanjat boboi pulak bila baca tajuk tuh..ini sebuah filem baru yang menampilkan bakat-bakat baru seperti Lyssa Faizureen sebagai Jenab, Mia Meymi sebagai Qarmuniah, fae sebagai Farhanoi, dan Yuyu Zulaikha sebagai Cik Yam..


:: salah satu heroin;P ::

dah tau pelakon-pelakon heroinnya, mesty korang nak tau pulak kan apa tajuk filem ni..paling paling penting sekali mesty korang nak tau siapa yang memegang watak hero nya pulak kan? jangan lepas fae bagitau ni buat korang rasa nak pengsan enampulohsaat/km suda la ye..

memperkenalkan hero untuk filem "Dilempang Ombak" --------> 

Aaron 

tapi tapi, bukan Aaron yang kat atas tuh,
tapi Aaron yang di bawah :)
.
.
.
.
.
.
.
.

inilah Aaron yang memegang watak hero untuk filem terbaru ini

haaa..nampaknya korang makin bersemangat nak tau pasal filem ni kan yang juga menampilkan hero terhebat malaya bersama empat heroinnya? fae pon memang bersemangat nak story dengan korang..filem ini akan di tayangkan pada February 2034..nantikan ya! untuk korang lebih feel nak tengok filem ni apa kata korang baca sinopsisnya dulu --> 


haa..macam mana?adakah jalan ceritanya membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk menontonnya? berikan komen anda tentang filem ini sebaiknya..terima kasih! hahaha;D

p/s : nak muka cantik sempurna seperti pelakon-pelakon filem di atas?;P meh tengok ni, apa yang perlu anda buat --> CANTIK
p/s : filem ini adalah hiburan semata-mata, tiada kaitan yang hidup ataupun yang mati..

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, January 9, 2012

azam baru katanyaaaa!

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

di setiap entry ada gambar! -,-

baru je berazam nak update belog setiap saat, tapi hampagas! ce tengok? dah bape hari fae tak update..maka dengan itu, memang gundah gulana bila tengok visitor makin menurun..wuarghh! salah sendirik! -,- 

pepagi ni bila tengok orang lain dok pulun update sana sini, timbul tahap kejelesan yang sangat tinggi, tak terpikir dah, baru masuk keje ke hape, banyak benda nak kena settle..yeah! semua tuh tolak ketepi demi belog tersayang dan followers tercinta..

ye kawan-kawan, kenapa fae cakap baru masuk keje, padahal hari ni dah hari selasa kan..ni fae nak habak mai..selama empat hari yang lepas fae mengalami demam yang melemahkan seluruh tubuh badan fae..haa..ni demam pembuka tahun baru beb! kau ada?;P

so, hari ni mencacak je muka masuk ofis walaupon nak bernafas pon susah lagi..selsema katanyaaa..gagah diri settlekan apa yang patut dan menaip satu entry buat tatapan kome semua supaya korang tak rasa belog ni macam terkubur begitu sahaja..-,-

dengan ini, fae berharap agar anda semua memberi semangat dan galakan yang kuat untuk fae update belog ini selalu ye kawan-kawan..fae juga berharap agar anda selalu singgah ke belog fae ini..semangat dan sokongan amat dihargai..sekian terima kasih! :) ada tak ala-ala menteri besar berucap?:P


p/s : nak muka cantik sempurna? meh tengok ni, apa yang perlu anda buat --> CANTIK

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, January 4, 2012

New Year at PD with family !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

pada entry ini --> Happy New Year fae ada janji ngan korang untuk story kat mana fae celebrate new year kan..so untuk itu, fae lapangkan diri untuk tatapan korang..hihi;P 

macam tahun-tahun sebelum ni fae celebrate dengan kawan-kawan, takpon celebrate berdua je dengan incik tunang..tapi tahun ni rasanya tahun paling best la sebab fae celebrate dengan family..tahun tahun sebelum ni semua celebrate bersepah..bersepah cemana?sorang ke hulu, sorang ke hilir..cenggitu la gamaknya..-,-

pada tanggal 31 Dec 2011..the last day of 2011, ktorang semua pergi Port Dickson (PD) sempena ada Family Day company abah..so ktorang decide satu family nak join, nak merasa celebrate sama-sama..so hari tuh kitorang gerak pukul dua belas lebih..sampai je kat sana dalam pukul dua then ktorang beradu dekat Glory Beach Resort..-,-


:: ini view dari apartment yang fae beradu tuh;P ::

masa dah sampai tuh rest kejup, then pukul tiga kena turun sebab ada sukaneka..sementara nak tunggu semua datang ktorang dah terjun dulu..bukan ktorang adik beradik je tau..semua yang terlibat pon terjun sekali..fae memula tuh, macam malas nak join..saja teman adik-adik..ceit! *amik mood dulu..;P



lepas tuh ada sukaneka..fae tak join sebab cuaca tersangatlah panas, tak tahan mak! siyes fae just tengok je adik-adik fae yang join..lebih kurang pukul enam lebih ktorang balik then mandi lagi..tetiba badan fae menggigil..takkan nak demam..baring la kejap..demm!

tak lama lepas tuh abah kejut sebab ada dinner plak..terpaksa la bangun dan bersiap-siap..wow! letihnya badan..huhu..-,- dah siap tuh usha lepak dekat balkoni kejup tengok sunset..cantik..;)



:: mataku merah..penat! -,- ::

disamping dinner tuh, ada jugak fire show and aktiviti lain..memang ramai la jugak yang celebrate new year kat situ-,- memang meriah jugaklah kat situ, sebab apa, dalam kepala otak duk membayangkan..mesty bosan celebrate kat situ, tapi dusta belaka..-,- ternyata meriah!

01.01.2012 - 12.00a.m


Happy New Year!

fae turun bawah dengan adik sampai pukul satu baru naik..ktorang pergi jalan-jalan tepi pantai sambil layan lagu Ombak Rindu..katanyaaaa! tapi rasa macam syahdu je..ceit! hehe..sampai je kat atas nampak katil terus zZzzzzz!

bangun pagi awal-awal sebab nak pergi breakfast ;) perut lapar padahal malam tadi dah melantak kemain lagi..lepas makan dah taktau nak buat apa..nak mandi pantai tapi rasa macam panas pulak, terus ktorang terjun kat swimming pool je..adeh! fae lak dari tanak mandi dah basah kuyup, adik punya kerja..dorang tarik fae ke dalam! hampeh! 

pukul sebelas lebih ktorang naik untuk lunch dan gerak balik kL..pergh! penat tak hengat kot tapi memang best la..mata masing-masing dah merah..tapi tetap happy giler..;) 


p/s : sakit badan @ otot ? takda masa nak ke spa? ini langkah terbaik --> penyelamat anda!

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)