♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, January 3, 2012

kenangan tak dapat dilupakan sepanjang 2011

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers...


walaupon hari ni dah masuk tahun 2012, kenangan 2011 tetap tak dapat dilupakan..banyak kenangan pahit dan manis sepanjang 2011 dalam hidup fae..semoga 2012 memberi seribu kegembiraan dalam hidup fae..Antara kenangan yang tak dapat fae lupakan sepanjang 2011 adalah :-

Aktif sebagai Blogger
  • tahun 2011 bermulanya sebagai blogger tegar..act, fae start blogging August 2010..masa tuh hidup segan mati tak mahu..so bila masuk je tahun 2011, pasang azam baru nak bergiat aktif sebagai blogger dan Alhamdulilah azam ini tercapai juga disamping follower meningkat naik ke empat angka..Alhamdulillah dan terima kasih buat semua ! 

Perubahan diri --> Bertudung
  • sebelum ni fae free hair..tapi pertengahan bulan may tahun 2011, terbukak pintu hati fae untuk bertudung..Alhamdulillah..fae disokong kuat family dan incik tunang..semoga tahun ini dan akan datang fae terus mengekalkan perubahan ini..terima kasih ya Allah..amin..


Menjadi tunangan orang
  • pada tanggal 9 July 2011 - fae sah menjadi tunang kepada Ary..Alhamdulillah..rasa macam tak percaya pon ada..tarikh itu dipilih sempena tarikh lahir incik tunang..;) Semoga hubungan ini kekal hingga ke jinjang pelamin..amin..;)

harapan untuk 2012 : 
  • semoga terus aktif menjadi seorang blogger ..;)
  • semoga hidup sentiasa dikelilingi kegembiraan bersama family dan insan tersayang
  • semoga apa yang dihajati akan tercapai..aminn...

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..


Happy New Year 2012
semoga tahun ini memberi seribu kegembiraan buat fae sekeluarga!

  • tahun ni fae celebrate New Year dekat .........nantikan entry fae ya! <3


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, December 29, 2011

keterujaan terhadap upin dan ipin

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers...

pada masa ini, kartun Upin & Ipin adalah kartun kesukaan kanak-kanak..malah bukan sahaja kanak-kanak kecil tapi orang-orang dewasa juga meminati kartun ini yang tersangatlah comel macam fae..cis! terpuji diri sendiri pulak;P 

fae termasuk juga dalam golongan yang menyukai kartun ini..start di tayangkan kat tv masa bulan puasa tahun berapa dah tak ingat confirm melekat kejup depan tv..kadang-kadang tak terfikir pon perut yang tengah lapar tahap menggila tuh..Upin & Ipin punya pasal pedehal..ye dak?-,-

adik-adik fae kat rumah tuh, jangan cerita minat dia macam mana kan..sepanjang masa suruh beli cd Upin & Ipin ni..kadang-kadang malas nak layan..haa..korang tengok jela dekat tv tuh ye..sekarang kat Astro pon dah bersepah kartun Upin & Ipin ni kan..sampai ktorang nak tengok cerita lain pon dah takda harapan..mengadap la join sekali tengok Upin & Ipin tuh..=,=

dah tengok kartun tuh pulak kat tv, ada hati nak jadi ala-ala macam Upin & Ipin..hish! macam-macam ragam adik fae ni..pengaruh tv tersangatlah kuat kan..ce tengok ni..-->


ni la adik-adik fae yang teringin nak jadi ala-ala Upin & Ipin tuh..tapi dorang ni bukan la kembar pon..beza tiga tahun jugak..sekarang dorang ni dah sekolah dah pon..;) tak kurang jugak adik fae yang last sekali tuh..bila tengok je cerita Upin & Ipin terus mata melekat kat tv..macam la tau tengok tv sangat..excited lebih je..;)


tahap kegeraman dan keterujaannya sangat terserlah..apa dia dah ingat Upin & Ipin tuh boleh main-main dengan dia ke?hehe;P

err..anda semua bagaimana? punya keterujaan terhadap Upin & Ipin ni sama macam adik-adik fae ke?:D dan ada satu kisah disebalik Upin & Ipin bersama Incik tunang..kitorang adalah peminat Upin & Ipin..masa kitorang mula-mula kawan dulu, fae panggil dia Upin dan dia panggil fae Ipin..haha..konon nak kembar sehati sejiwa jugak lettew..hehe;P

ohh yaa, sebelum terlupa, fae nak mintak pertolongan korang semua untuk LIKE pic fae..fae join satu contest ni dan berharap sangat korang dapat tolong fae ye..;) make sure korang LIKE pic ini yaa! terima kasih sangat-sangat! :D


p/s : 
  • jum celebrate New Year sama-sama ! The Red Carpet Style! click HERE for more information! 
  • senang je nak dapat RM 3000..nak try? klik SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)