♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, December 8, 2011

pakai shawl criss cross style! oke ke?

Assalamualaikum..
Helle peeps and readers...

salam jumaat ! hari ni mood nak tak nak je pergi keje sebabnya esok lusa tulat kan cuti..plus fae sambung cuti lagi hari selasa, tu yang buat mood hari ni tersangatlah malas..anggota badan pon tak bagi kerjasama untuk berkhidmat..rasa lemau je..-_-

untuk menghilangkan rasa malas yang kemain membuak-buak dalam jiwa ni, fae cari formula baru nak naikkan mood..biar rasa macam melonjak-lonjak nak pergi kerja mengadap buah hati bos ! so hari ni buat kelainan sikit pakai shawl criss cross style! :D


haa..macam ni la rupanya criss cross style..shawl bersilang di dahi..tak pernah lagi pakai macam ni but ni 1st time..saja nak cari kelainan dalam pemakaian shawl..mula-mula rasa macam tak kena dengan muka, tapi ada jugak yang cakap oke dan sesuai dengan fae..;)

rasa macam bulat macam telo je muka fae ni..hehe..apa pendapat korang?:D

p/s : Christmas at e@Curve bersama Alvin & The Chipmunks! dapatkan hadiah menarik ! untuk maklumat lanjut click SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, December 7, 2011

panas hati sebab Ombak Rindu !

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..

tak di nafikan demam Ombak Rindu (OR) telah melanda seluruh rakyat Malaysia..termasuk fae yang demam pasal OR ni..kemain sana sini orang cakap cite ni best, mana tak senang duduk di buatnya..melonjak-lonjak hati ni nak tengok tau..;)


so demi memenuhi permintaan fae, incik tunang pon ajak lagi sekali pergi tengok movie akibat tak dapat tengok movie ni last week! FULL ! so semalam repeat balik lah kononnya nak tengok balik bagi melegakan hati yang menggelegak tak dapat tengok..-_-

nyata! nyata sekali cerita ni memang meletop sampai buat kedua kalinya fae tetap tak dapat tengok jugak! grrr! muka ketat je bila incik tunang kata dah SOLD OUT ! dah tamo senyum lagi kat dia..geram n panas hati sebab tak dapat tengok lagi..;(

tak terkata rasanya..kenapa fae yang menerima nasib sebegini rupa..tak pernah sampai macam ni..selalunya memang fae tengok movie dekat Brem Mall..sapa yang biasa pergi mesty tau kat situ tak ramai orang..i mean tiket sentiasa ada tanpa perlu beratur panjang-panjang nak berebut-rebut! 

nyata sekarang tekaan fae dusta belaka sebab dekat Brem Mall yang tak ramai orang pon boleh full gara-gara OR..memang hebat lah penangan Ombak Rindu ni..agak-agak lepas ni dapat lagi tak fae tengok movie ni?

dengan patah hati luluh jantung, incik tunang bawak fae pergi karok bagi melepaskan perasaan yang panas sebab tak dapat tengok movie tuh..ktorang karok dua jam sampai hilang suara! haa..baru puas hati cenggini..this weekend nak mencuba nasib lagi..kalau tak dapat jugak, taktau nak cakap apa lagi dah !-_-

p/s : Christmas at e@Curve bersama Alvin & The Chipmunks! dapatkan hadiah menarik ! untuk maklumat lanjut click SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, December 6, 2011

nombor indah untuk hari ini - 1234

Assalamualaikum..
Hello peeps and readers..


apa yang istemewa dengan nombor ni? 1234 nombor yang bertuah untuk belog fae pada hari ini..;) sebab apa? sebab followers fae dah mencecah ke angka ini pada hari ini ! sungguh teruja sampai nak buat entry..hekhek;)


haa..fae sempat print screen apabila followers telah mencecah ke angka ini..sangat berterima kasih kepada anda semua kerana sudi singgah, jadi followers seterusnya comment dan menjadi kawan fae di alam belog ini..terima kasih sangat-sangat buat semua! :D

mari singgah fanpage fae untuk bermesra alam ! :D
=========================

dan

========================


p/s : meh amek iPod Nano n Baucar RM200 kat SINI
p/s : FREE movie ticket lagi la kat SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)