♥ FOLLOWERS ♥

Sunday, September 11, 2011

pesta mengembangkan badan 1#

Assalamualaikum..
Hello readers..

kali ni fae nak story mory pasal pesta mengembangkan badan..pelik? tak payah nak pelik sangat la kann bila tiba musim syawal ni kan..bulan lepas masa bulan puasa semua budget badan kurus keding macam fae <perasan!> tapi sekarang dengan fae sekali ikut kembang..hikhik;P

pesta mengembangkan badan dimulai dengan beraya bersama siblings..meriah oke! hari jumaat malam ktorang dah plan nak pergi serang ke ruma kak cda..;) then lepas tu ruma maryam pulak..;) haa..menu siap request lagi..;) kueh teow kak cda terbaik..tetiba rindu nak mkn lagi..kat rumah maryam pulak ktorang request nak spaghetti..ingatkan tak dapat tapi dapatttttttttttttt tau! terharu sgt sebab mak buyong comel ni masakkan jugak utk ktorg..sedap!;)



besh dan meriah tak terkata la kan bila siblings semua dpt berkumpul..memang boleh gelak terbahak-bahak la kann...;) lepak punya lepak sampai pukul 11 jugaklah..lepak lama-lama ruma maryam inilah makanannya..;)


dah kenyang perut balik la kann..kuang ajaq sungguh..hehe..terpaksa bergegas balik rumah dengan segera sebab banyak kerja yang menanti fae di rumah --> esoknya open house kat rumah fae pulak..;)

p/s:

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, September 8, 2011

gelak terbahak-bahak bersama bff !:D

Assalamualaikum..
Hello readers..

amboi amboi kemain lagi cik temah gelak terbahak-bahak ye..haa..ni kisah malam tadi..secara tak sengaja tak paln tak apa..abis tuh secara apa? secara spontan ! haha:D fae lepak bersama bff tercinta..-_-

namanya bff tapi jumpa setahun sekali je..itupon masa raya..cuba takda raya..cemana tu? bukan sebab sombong , bukan sebab lupa kawan. bukan jugak sebab buat-buat lupa..tak tak..ini sebab semua bz tahap melampau mencari rezeki supaya dapat kawin cepat-cepat? err..yeke?

bila raya menjelma barulah semua boleh jelmakan diri..sungguh rindu nak menatap kawan-kawan sehidup semati, nak tau perkembangan hidup, dah nak kawin ke ape ke baru lah nak story sesama..

semalam salah seorang bff fae <zatie> ajak pergi rumah bff  <ayu buntal> fae jugak..tengah tak buat apa-apa terus la senang hati nak ikut..;) dah lama tak jumpa kot weyh..haa..ktorang ajak lagi seorg bff fae tuh <ayu> join sekaki..;) sesungguhnya kami memang rapat masa sekolah dulu..;)



bila dah jumpa faham-faham jelah..mula story kisah-kisah lama yang agak lucu masa sekolah dulu..macam-macam cerita keluar..gelak boleh terburai perut..sangat-sangat besh! :D rasa macam tanak balik pon ada jugak sebab bukan selalu dapat lepak gelak-gelak macam tu lagi..:-(

lepak sampai tak sedar diri..sedar-sedar je dah nak pukul 12 weyh..haa..penangan kalau dah jumpa terus tak sedar diri..haha..takpe..next tyme kita lepak lagi oke..;) love u all..:)



p/s : 

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, September 7, 2011

hantu bonceng best ! :)

Assalamualaikum..
Hello readers..

haa..ni kesinambungan kemerayapan (ada ke ayat ni?) fae masa aidilfitri ni..sebelum ni fae story yang fae pergi raya kat i-city kan..haa..tak baca lagi? meh luangkan masa baca sekejup kat sini --> raya-di-i-city dah baca?terima kasih :D

oke,malam tu dah merayap g i-city..esoknya pulak merayap lagi pergi dating..muahaha;P ktorang pergi tengok movie dan jenjalan lepas rindu..err..yeke?haha..al-maklumlah filem hantu bonceng tengah meletup-letup diperkatakan..maka ktorang pon tanak lepas peluang la kann..nak jugak...;)


haa..hamek kau tepek gambar besar gedabak..;P


macam biasa, fae pergi kidnap incik tunang lagi..ktorang pergi tengok movie kat one utama je..dah sampai sana macam biasa la kena queue la panjang lebar..grr..ini paling malas sekali..dah beli tiket ktorang pergi test vokal la plak kann..dah lama kot tak karoke..part ni la paling bengang mesty berebut lagu nak nyanyi lagu yang sama..haha..

dah dah..puas dah lunakkan suara..movie time --> jum kita review pasal filem Hantu Bonceng..



Sinopsis Filem Hantu Bonceng 

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya. 






Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini



Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.


dah dah pasni tak payah pikir panjang lebar..pergi je tengok movie ni..best tak terkata la..
sebab ape kena tengok? sebab
  • kelakar! boleh buat korang gelak berbahak-bahak sampai terkeluar isi perut
  • bahasa yang sangat sempoi..senang la nak faham..
  • jalan cerita yang simple tapi ada maksud tersirat
  • malas cerita banyak pergi jela tengok
  • fae bagi 4/5 bintang di angkasa..;)
p/s : 

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)