♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Assalamualaikum..
Hello readers..

hari-hari terakhir bekerja ni fae nak amik kesempatan ni, sempena bulan baik ni fae nak mohon ampun dan maaf jika fae terlanjur kata,tersalah bicara, terkasar bahasa,menyakitkan hati anda, mengguris hati anda secara sedar atau tidak sedar, atau apa-apa yang kesalahan yang pernah fae lakukan terhadap anda semua, harap di maafi..

rasa macam sayu je kan..semoga Aidilfitri ini kita lebih dirahmati..dengan bergembira bersama keluarga tercinta..;)

bagi sesiapa yang singgah belog fae ni fae ucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
BUAT WARGA BLOGGER!


fae hidangkan :



selamat menjamu selera..;)

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, August 24, 2011

pertama kali beraya sebagai tunang orang..

Assalamualaikum..
Hello readers...

saat menaip entry ni, mood fae tengah bermalas-malasan..malas nak buat kerja..haha..mood hilang nak buat kerja..badan je kat sini, hati tah kat mana hala pergi ntah..agaknya dah sampai kampung kot..;P

yelah..hari ni kan hari terakhir fae kerja..esok dah start cuti for hari raya..awalkan fae cuti..bos yang bagi cuti..pedehal..cuti je la kann...dalam hati melompat-lompat kot..x_x

wuarghh! tapi! tapi! baju raya tak shopping lagi..;( baju yg dah tempah tu pon tak siap-siap lagi..cemana ni? hari ahad kang dah nak balik kampung..gaji dah dapat + dapat duit raya...best! boleh la shopping dengan incik tunang nanti..;D

fyi, taun ni merupakan taun pertama beraya sebagai tunang orang..apa perasaan..ntah la..taktau nak cakap cemana..taun ni boleh beraya rumah bakal mertua..haha..gedikk..;P

tetiba teringat ketupat, dodol dan macam-macam lagi lah..rasa macam nak balik kampung sekarang jugak..cepatlah masa berlalu kan..yang penting rasa ni nak melantak kaw-kaw..haha..nak makan kuih, ketupat dan rendang..perghh! terbaik ! cuti pon seminggu..apa guna kalau tak manfaat kan cuti yang ada..ye dak? hehe

okelah, nak stop taip jup..nak berangan bila dah sampai kampung nanti..hikhik;P


p/s :
  • jum makan MAMEE sambil pulang ke kampung utk berhari raya
  • SAMSUNG GALAXY 10.1  baru keluar n super duper hebat..maklumat lanjut sila tengok kat SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

lepas tukar template tukar header pulak..aura raya...

Assalamualaikum..
Hello readers...

wah! wah! aura raya taun ni kemain lagi ye..nak tukar itu ini..ape tak cukup semua fae tukar..semangat orang kata..mengalahkan kanak-kanak lagi even now sekarang dah tak dapat duit raya lagi..sobsobsob..

pedulik kan zaman kecik-kecik dulu tuh..sekarang sampai masanya jadi tukang bagi duit pulak..err..macam tak sanggup je sebab gaji tersangatlah sedih buat masa sekarang..okey! okey! dah nak raya ni kan malas nak sedeyh lagi..:D

korang datang belog ni ada rasa lain tak? hikhik..haa..dua hari lepas iaitu lebih kurang empatpulohlapan jam yang lepas fae tukar template sempena menyambut hari raya..;) haa..hari ni plak..cer tengok betul-betul..tengok atas ..tengok bawah..then tengok atas balik..haha..tak payah! tak payah! straight to the point je..tengok header fae..;)

dulu fae pakai header ni : 


dan hari ni dah bertuka seperti ini --->


oke, yg 1st tuh header biasa
then yg 2nd tuh header flash

haa..header ni fae memberi kepercayaan sepenuhnya kepada KEI SEICHI sebab fae sangat-sangat berpuas hati dengan cara kerja dan design beliau..senang cerita memenuhi kehendak la..lagipon dulu dia jugak yang buat header untuk fae..sangat berpuas hati ..thx kei ! ;D

haa..tengok tuka header pon ade designer macam tempah baju nak raya jugak la kann..haha..hebat gitu..dah dah..malas nak cerita banyak..badan je kat sini tapi hati fae dah kat kampung ni..tak saba nak raya..yeay! ;D

p/s :
  • jum makan MAMEE sambil pulang ke kampung utk berhari raya
  • SAMSUNG GALAXY 10.1  baru keluar n super duper hebat..maklumat lanjut sila tengok kat SINI

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)