♥ FOLLOWERS ♥

Sunday, July 24, 2011

begitu teruja nak tau kisah RAHSIA PERINDU

Assalamualaikum..
Hello readers..-_-

Alhamdulillah, pagi ni sempat jugak fae update belog yang dah fae tinggal tapi tak berhabuk sebab masih ada yang singgah even fae tak update! tenkiu! tenkiu! <nada macam diva! ;P>

dah! dah! tamau la gedik sangat pepagi ni karang ada yang menyampah pulak..hehe..terus ke tajuk utama dengan hati yang luhur..last week fae ada baca 1 novel ni..sapa minat baca novel macam fae? haa..meh sini nak story mory kat korang..;)

mungkin ada diantara korang yang dah baca novel ni..haa..bagi yang minat gila mesty pantang bila ada novel baru je semua terlonjak gumbira nak beli or pinjam kat kawan-kawan kan?fae pulak..biasalah..pinjam kat kengkawan je sebab tuh novel dah berkurun tapi baru terkedek-kedek nak baca..-_-

oke, apa yang fae nak share ngan korang pasal novel yang menarik sanubari ni..tajuk dia 'RAHSIA PERINDU' by RAMLEE AWANG MURSHID iaitu novelis thriller No 1 Malaysia..haa..jangan main-main kau! dengar je macam tuh mesti korang teruja kan nak baca novel dia? sama macam fae...;)

jum kita kenal serba sedikit kisah novel ni :-


Sinopsis : RAHSIA PERINDU


Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.


Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya. Perjuangan tetap diteruskan juga.

Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!

Komen Fae :
  • suspen! kisah lawyer kes pembunuhan!
  • memerlukan ketajaman otak fikiran kita untuk mengetahui pembunuhnya kerana dalam novel ini pembunuhnya ada 2 personaliti!
  • jangan terkejut pembunuhnya adalah wanita yang penuh halusinasi
  • tak boring dan tak sabar nak tamatkan pembacaan.
  • kisah yang penuh misteri..best sangat2!
  • korang perlu/wajib baca! ;)


dah taknak cerita panjang-panjang yang penting korang kena baca sendiri..lalui sendiri dan macam-macam yang korang akan rasa! fae bagi 4/5 ! ;)

p/s :
  • nak hadiah best click SINI
  • program realiti terbaru NTV7 di SINI
  • jum tengok cupcake kreatif dan hebat di SINI
::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, July 22, 2011

tanpa disedari badan berdusta!

Assalamualaikum..
Hello readers..


pepagi bila pergi keje kenalah happy..;) dah sampai ofis malas nak buat muka toye tak ketahuan hala..takut pulak bos menyampah nak tengok! ngee! masuk ofis senyum sengeh-sengeh macam kerang busuk dengan harapan bos pon boleh cair kalau tengok! hehe..*bos fae dah kawin oke!

bila cakap bos dah kawin tak payah la gatal-gatal nak mengorat! senyum bukan niat nak tarik perhatian cuma hari-hari kena murah dengan senyuman, baru hati senang! baru nampak awet muda macam fae..ceit! perasan! perasan sebab umo dah tua tapi semua ingat fae baru lepas sekolah! kembangg!;)

disebabkan hati tengah gumbira ni la gamaknya badan mula menonjolkan diri yang membuatkan tuan empuya badan susah hati..bukan susah hati sebab anggota badan tak cukup ke apa tapi seluruh badan sepakat nak memberatkan diri.. maka dengan ini, badan fae dah jadi berat berkilo-kilo tak seperti biasa.
-_-

mula la tanam benih dalam hati dan jiwa mengatakan 'aku tak gemok!aku tak gemok!' <sedapkan hati sendiri je> tapi! tapi! semua ni berakhir bila ada sesetengah kawan mula bersuara :

"fae, muka ko dah tembam ah!"

tetap tak pedulikan semua tuh tapi bila mak bersuara :

"kakak, badan dah naik lah! nampak berisi!"


betul ke muka fae tembam?tak kan?tak kan?

eyh,wuarghhh! igauan ngeri betul lah!
terus masuk bilik check apa yang patut..apa yang berisi?grr!

dalam kepala otak dah plan nak buat macam-macam, nak kurangkan makan, tido pon nak tido-tido ayam je, bukan apa takut tak sedar diri membongkang tak ingat dunia..tapi mampu ke fae nak buat semua tuh?

cemana?cemana? nampak makanan je terus jadi lapar dan melantak macam tak makan seminggu..bila perut dah bersorak kekenyangan mata pulak nampak bantal je..tak kira la tengah tengok tv ke, tengah tengok adik ke, semua tuh dah nampak bantal je! -__-

mata yang layu memang sepantas kilat mengheret badan masuk ke bilik menghadap bantal..yeah! bila dah ketemu dah tak fikir panjang..hanyut la jawabnya...zZZzzzz

kawan-kawan, ada apa-apa yang boleh bantu fae supaya mantain macam selalu? walaupon hati risau semacam sebab badan dah mula berisi tapi ramai jugak kawan-kawan bagi semangat supaya berisikan badan tuh sikit..biar berisi tak kurus kering..hikhik..adush! cemana kawan-kawan?


p/s :
  • geram tengok BLACKBERRY PLAYBOOK  semurah RM990 kat SINI


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, July 21, 2011

masa sesakkan hulu hati hempedu!

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat petang..:D

senyum bukan bererti dalam hati pon macam tu, nampak je luaran macam happy senyum sampai nampak celah gigi tapi dalam hati siapa je yang tahu walaupon tuan empunya diri buat-buat tak tahu!-_- malas nak ikutkan hati nanti serabut sendiri..;(

rindu nak macam dulu, boleh update belog sampai jari lebam..jari ni kalau boleh bercakap memang dia dah boleh maki hamun fae..bukan apa, eksaited menaip sampai tak sedar diri..apatah lagi kepala sentiasa berlegar-legar idea..menaip tanpa ada perasaan kasih sayang kat jari...kesian!

tapi sekarang? boleh kira sambil pejam mata je..kadar kekerapan mengupdate belog sangat berkurang! sedih hati ni tengok..kepala dah tak sempat nak keluar idea untuk menaip tapi semua tuh dah digunakan untuk bekerja..giat kepala memikir sampaikan 2 3 hari yang lepas kepala otak sering tunjuk perasaan..sobsob!

apa yang fae fikir? macam-macam..bila masa nak bekerja, masa untuk update belog, masa nak rehat..masa nak beramah mesra dengan kawan-kawan belog..mana nak fikir makan lagi..kenapa masa sekarang sungguh menyesakkan ulu hati hempedu jantung  juga paru-paru kanan dan kiri..

kenapa?kenapa?berperasaan macam ni sebab separuh hati ada kat belog ni..bila tinggal sekejap mula tak senang diri..nak duduk tak kemana, berjalan tak kena, tido tak kena tapi bila makan kat mana-mana pon pekena je..hee;D

sampai bila kemurungan ini akan berlaku?

tolong berikan ku kekuatan..kawan, doakan fae..kuatkan semangat sampai masa sentiasa ada untuk bekerja, update belog, mengedix dam macam-macam perkara yang selalu lalu-lintas dalam kepala..lepas ni kena pandai bahagi masa nak buat semua tuh lagi..

p/s :
  • sentiasa sokong fae k..;)
  • untuk lelaki, nak nampak lebih kacak click SINI
  • untuk perempuan sahaja --> rahsia kita click SINI


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)