♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, July 19, 2011

Wordless Wednesday 1# - senang hati


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

kepala berputar !

Assalamualiakum..
Hello readers..selamat petang..

dua tiga hari ni cuaca sangat panas yang membuatkan hati,jiwa dan jantung fae juga menjadi panas secara tiba-tiba..bukan setakat tuh je tapi dah melarat sampai ke kepala otak sekali terima tekanan macam ni..pening! 

start dari semalam lagi kepala dok pusing-pusing..fae pon taktau kenapa..maybe disebabkan cuaca yang terlampau panas ni sampai kepala otak sendiri pon rasa nak hantuk-hantuk kat dinding..hilang kasih sayang dah kat kepala sendiri..-_-

balik rumah petang semalam terus mandi dengan hasrat lepas mandi ni mesti dah oke..tapi apa pon tak boley..berdenyut je rasa..tetiba dalam hati yg kudus berkata "ya Allah,ampunkan dosaku!" bila dah sakit baru nak ingat tuhan..lumrah manusia yg sering lupa diri macam fae..-_-

baring-baring sekejap then dah rasa oke sikit..lantas mata terus gedik mencari novel..pantang dah oke sikit terus tekan menekan nak berlagak sihat seperti sedia kala..haish! bila dapat novel semua kesakitan pon boleh hilang..<-- itu macam pon boley..

bangun pagi tadi terus tadah tangan..mintak-mintak hari ni tak pening lagi..terus bersiap-siap sampai rasa diri dah comel ! T-T cuba mencari semangat yang dah hilang semalam! ;) terus tangkap gambar dengan kadar segera..-_-

tengok mata fae..tak cukup tido sebab baca novel!

walaupon mata bengkak sana sini..muka tetiba jadi macam tepung komak tompok-tompok tapi sedaya upaya cuba senyum..;) tapi senyum tuh tak cukup lama sebab sekarang ni kepala datang balik pening nya! apa salah daku? -_-

p/s :
  • jum tengok Proton PERSONA kat SINI
::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, July 18, 2011

kanak-kanak sekarang manja lebih..

Assalamualaikum..
Hello readers..

bila da petang macam ni kepala otak mula la nak buat perangai..mulalah nak sakit kepala tahap nak hantok kat dinding putih ofis..kepala sakit macam nak tunjuk perasaan dan nak luahkan perasaan 'aku dah tak larat nak berfikir'..-_-

mari kita stop dulu buat kerja supaya kepala dah tak mogok lagi..;) mari kita mendengar sesi bicara fae bercerita sambil anda duduk diam-diam;) kisah bermula apabila semalam fae di buli oleh adik-adik..al-maklum lah budak sekarang kan manja-manja..nak tau dorang suh buat ape? --> tgk ni :

abaikan lantai yang bersepah tuh..hehe

haa..ni la dia..sup bunjut --> tipu je..buat nak main seremban! alahai, manjanya kanak-kanak zaman ni kan..teringat lagi zaman-zaman kita dulu guna batu je..kadang-kadang bila dah lambung siap terkena kepala sendiri lagi kan?? hadoi..tapi tahan lasak..tak sakit..<-- buat-buat tak sakit..hehe;P

demi sayangkan adik-adik, fae terpaksa luangkan masa buatkan semua ni untuk dorang walaupon dah rasa membazirkan masa rehat dan tidur..masa nak tv lagi..pendam je dalam hati..nasib baik bahan-bahan dia tak susah nak cari..


bahannya tak banyak :
  • kain perca yang mak dah tak pakai
  • gunting - mak punye
  • benang & jarum - mak punye
  • beras - amik kat dapur je..;)
dah ade semua bahan maka fae pon bertungkus-lumus lah mengejakan bendalah ni..yelah..nak bagi adik buat sendiri kesian pulak..kalau tangan tercucuk jarum macam mana? <-- ada macam kakak mithali tak?wink-wink! daripada adik terluka biarlah kakak yang terluka yer..;) tengok apa dah jadi?step seterusnya -->

ni la jadinya;) dah masukkan beras ke dalam kain yg dah dijahit segi empat ;)
tinggal step last nak jahit balik supaya beras tak terkeluar;)

yeahh! bersabar fae..ini bukan buat satu dua ketol nak jahit tapi sepuloh ketol sebab setiap seorang haruslah ada lima kan? yang request pulak dua orang! makk! rasa macam nak serah kat dorang je balik..nah! amik ni buat sendiri! tetiba hati nurani berkata --> fae kan kakak mithali..sila susahkan diri untuk adik-adik! oke! oke! fine! fine! -_-

akhirnya..siap jugak! ;)

siap pon walaupon caci maki terhadap benda sekeliling dah terkeluar tetapi demi adik-adik terpaksa semangatkan diri sampai setel..setelah bersengkang mata buat bendalah ni, bila tengok muka adik-adik happy rasa macam nak buat lagi je untuk dorang..<-- erk, bia betol ko fae? <dalam hati memang taknak la cite dia..haha>

kenapa budak-budak sekarang manja lebih? 

p/s :
  • adakah anda peminat INCUBUS ? mari vote mereka di SINI
  • nak pergi  JAKARTA ? jum usha SINI


::sekian::


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)