♥ FOLLOWERS ♥

Monday, July 18, 2011

kanak-kanak sekarang manja lebih..

Assalamualaikum..
Hello readers..

bila da petang macam ni kepala otak mula la nak buat perangai..mulalah nak sakit kepala tahap nak hantok kat dinding putih ofis..kepala sakit macam nak tunjuk perasaan dan nak luahkan perasaan 'aku dah tak larat nak berfikir'..-_-

mari kita stop dulu buat kerja supaya kepala dah tak mogok lagi..;) mari kita mendengar sesi bicara fae bercerita sambil anda duduk diam-diam;) kisah bermula apabila semalam fae di buli oleh adik-adik..al-maklum lah budak sekarang kan manja-manja..nak tau dorang suh buat ape? --> tgk ni :

abaikan lantai yang bersepah tuh..hehe

haa..ni la dia..sup bunjut --> tipu je..buat nak main seremban! alahai, manjanya kanak-kanak zaman ni kan..teringat lagi zaman-zaman kita dulu guna batu je..kadang-kadang bila dah lambung siap terkena kepala sendiri lagi kan?? hadoi..tapi tahan lasak..tak sakit..<-- buat-buat tak sakit..hehe;P

demi sayangkan adik-adik, fae terpaksa luangkan masa buatkan semua ni untuk dorang walaupon dah rasa membazirkan masa rehat dan tidur..masa nak tv lagi..pendam je dalam hati..nasib baik bahan-bahan dia tak susah nak cari..


bahannya tak banyak :
  • kain perca yang mak dah tak pakai
  • gunting - mak punye
  • benang & jarum - mak punye
  • beras - amik kat dapur je..;)
dah ade semua bahan maka fae pon bertungkus-lumus lah mengejakan bendalah ni..yelah..nak bagi adik buat sendiri kesian pulak..kalau tangan tercucuk jarum macam mana? <-- ada macam kakak mithali tak?wink-wink! daripada adik terluka biarlah kakak yang terluka yer..;) tengok apa dah jadi?step seterusnya -->

ni la jadinya;) dah masukkan beras ke dalam kain yg dah dijahit segi empat ;)
tinggal step last nak jahit balik supaya beras tak terkeluar;)

yeahh! bersabar fae..ini bukan buat satu dua ketol nak jahit tapi sepuloh ketol sebab setiap seorang haruslah ada lima kan? yang request pulak dua orang! makk! rasa macam nak serah kat dorang je balik..nah! amik ni buat sendiri! tetiba hati nurani berkata --> fae kan kakak mithali..sila susahkan diri untuk adik-adik! oke! oke! fine! fine! -_-

akhirnya..siap jugak! ;)

siap pon walaupon caci maki terhadap benda sekeliling dah terkeluar tetapi demi adik-adik terpaksa semangatkan diri sampai setel..setelah bersengkang mata buat bendalah ni, bila tengok muka adik-adik happy rasa macam nak buat lagi je untuk dorang..<-- erk, bia betol ko fae? <dalam hati memang taknak la cite dia..haha>

kenapa budak-budak sekarang manja lebih? 

p/s :
  • adakah anda peminat INCUBUS ? mari vote mereka di SINI
  • nak pergi  JAKARTA ? jum usha SINI


::sekian::


terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sunday, July 17, 2011

kembali tersengeh seperti sedia kala..;)

Assalamualaikum..
Selamat pagi readers..;)

fuhh! ashimmm! wanginya..korang semua dah sembur perfume kat blog fae ni ke yang dah terbengkalai selama dua hari tapi belas ihsan dari tuan belog ini --> fae kejam! terima kasih sebab sudi singgah dan jaga molek-molek ;)

Al-maklum lah, bila dah start keja baru ade hati nak bukak belog yang kusam dan masam ni..-_- bukan apa lappy kesayangan sudah di rembat oleh adeq untuk sementara waktu maka dengan hati yang luluh terpaksa meratapi kehilangannya tanpa menjenguk belog..wuarghh!

pagi tadi bangun dengan semangat baru nak pergi kerja..bukan nak kerja sangatlah kan..kalau mood tetiba nak kerja tuh semua dusta..haha..baik la pulak kan kalau tetiba bersemangat nak kerja..maklum lah hari isnin..cecite sape yang suka? mood bercuti tuh masih berkepol-kepol kat dalam hati lagi..-__-

dah sampai ofis tetiba bos semua bz nak pergi meeting la..nak pergi hantar tender lah..wa suka babe! tersengeh macam kerang busuk la..dengan niat hati nak update belog sebanyak yang boleh dan pandang semua dokumen sebelah mata je..<-- hampeh! -_-

okelah.tunggu next entry..;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, July 15, 2011

aku nak bawak diri dua hari..

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat petang..

dengan hati berbaur kembang kuncup nak tersengeh macam kerang busuk,fae kuatkan semangat nak update blog buat tatapan umum korang semua..hari ni hari jumaat..disebabkan esok dah cuti, hati sanubari kuat berkata jangan buat kerja..perghh! dasar pemalas..-_-

hari ni pon mood tunggang-langgang..tatkala kawan-kawan bos datang semua tego fae,kenapa muka ketat semacam je ni..padahal takda pape pon cuma hati berkata sila khusyuk semasa buat kerja..tambah-tambah depan bos..haha..sungguh kepura-puraan..;P

bukan apa..terniat dalam hati nurani nak siapkan kerja semua pada hari ini sebab nanti bila hari isnin takda lah tergopoh-gapah nak siapkan kerja bila supplier call dan mintak payment..boleh jawab sambil tersenyum sampai ke telinga! ;)

sekarang ni bila dah siap semua kerja baru rasa puas hati yang teramat sangat..tetiba rasa nak bawak diri dua hari berturut-turut..bukan sebab apa..sebab kan da cuti so nak merehatkan diri sambil pergi berjimba ke sana sini dengan harapan boleh update blog pada masa akan datang! haha

dengan ini fae minta kerjasama dari korang semua untuk tolong jaga..tolong sapu sikit, lap-lap habuk sikit..sembur perfume sikit dengan harapan bila sesiapa masuk terus je bersin sebab terlampau wangi..ngehngeh..;)

sudikan diri untuk selalu berada di belog ini yer..terima kasih kawan-kawan..;)


p/s :
  • adakah anda peminat INCUBUS ? mari vote mereka di SINI
  • nak pergi  JAKARTA ? jum usha SINI

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)