♥ FOLLOWERS ♥

Friday, July 15, 2011

aku nak bawak diri dua hari..

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat petang..

dengan hati berbaur kembang kuncup nak tersengeh macam kerang busuk,fae kuatkan semangat nak update blog buat tatapan umum korang semua..hari ni hari jumaat..disebabkan esok dah cuti, hati sanubari kuat berkata jangan buat kerja..perghh! dasar pemalas..-_-

hari ni pon mood tunggang-langgang..tatkala kawan-kawan bos datang semua tego fae,kenapa muka ketat semacam je ni..padahal takda pape pon cuma hati berkata sila khusyuk semasa buat kerja..tambah-tambah depan bos..haha..sungguh kepura-puraan..;P

bukan apa..terniat dalam hati nurani nak siapkan kerja semua pada hari ini sebab nanti bila hari isnin takda lah tergopoh-gapah nak siapkan kerja bila supplier call dan mintak payment..boleh jawab sambil tersenyum sampai ke telinga! ;)

sekarang ni bila dah siap semua kerja baru rasa puas hati yang teramat sangat..tetiba rasa nak bawak diri dua hari berturut-turut..bukan sebab apa..sebab kan da cuti so nak merehatkan diri sambil pergi berjimba ke sana sini dengan harapan boleh update blog pada masa akan datang! haha

dengan ini fae minta kerjasama dari korang semua untuk tolong jaga..tolong sapu sikit, lap-lap habuk sikit..sembur perfume sikit dengan harapan bila sesiapa masuk terus je bersin sebab terlampau wangi..ngehngeh..;)

sudikan diri untuk selalu berada di belog ini yer..terima kasih kawan-kawan..;)


p/s :
  • adakah anda peminat INCUBUS ? mari vote mereka di SINI
  • nak pergi  JAKARTA ? jum usha SINI

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, July 14, 2011

setiap masa mulut nak mengunyah je! mana tak naik berat aku!

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat petang..

kali ni fae nak update lelaju 180km/j tanpa exciden sebab sekarang bos tengah tade..boleh la fae update blog ni sambil meloncat keriangan macam kanak-kanak dapat aiskrim potong! ;)

beberapa hari yang lepas, fae pergi makan time lunch dengan ofismate..tetiba teringin nak makan nasi paprik yang ntah macam mana terlintas kat kepala otak yang membuatkan perut tergedik-gedik nak memenuhi ruang..perut fae tak la besar mana tapi selera fae memang tersangatlah besar..;)

bila dapat pulak makan apa yang di idamkan perut macam tersenyum la plak kan..<-- tipu je..rasa macam berjasa plak kat nasi paprik sebab nak buncitkan perut comel fae..;) dah macam orang mengidam dah rasanya kalau macam ni gayanya..

ah! pedulik kan apa kata hati, yang penting kenyang ;) dah lepas makan pulak kaki macam terkinja-kinja nak berjalan..al-maklumlah makan kat shopping complex..dah tuh mata plak melilau kiri kanan sampai juling tengok macam-macam..terhasut jiwa..hati mula menghasut kaki untuk bergerak ke arah tertentu la kan...dugaan betul! -__-

ikut kata hati..tapi badan rasa berat je nak berjalan..jalan..jalan..dan sampai satu tahap terjumpa alat penimbang berat..oh ya! tergerak hati nak timbang akibat terlampau musykil bila dah tak mampu nak bawak badan lagi..sedih rasanya..;-(

masukkan dua posen dan kaki mula memijak then mata terus juling nak tengok berapa kilo berat yang muncul..OMG! naik dua kilo? tetiba rasa..pandai pulak badan aku nak naik berat..selalunya mantain macam biasa je..lempang pipi dua puluh lapan kali, mana tau tengah mimpi..oushh! sakitt...-__-

patut la selama ni selera makan bertambah-tambah..bila dah makan, pantang je letak kepala kat bantal terus je mata terpejam rapat tanpa peduli bising kiri kanan..tak menganggu langsung..mula lah terpikir..patut lah selama ni mulut rasa nak mengunyah je..tak kisah la buat apa pon mulut pasti ada isi untuk dikunyah dan pasti dihadam oleh perut comel..-__-

sampai ke saat tengah menaip ni pon fae dok melantak mangga masam cicah sambal kicap..awww! kecur air liur..sedappp!

oke, nak sambung makan..;)

p/s :
  • adakah anda peminat INCUBUS ? mari vote mereka di SINI
  • nak pergi  JAKARTA ? jum usha SINI
::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, July 13, 2011

Cha Chocolate & Cupcakes - memang meleleh !

Assalamualaikum..
Hello readers..;)

pepagi buta tadi hujan lebat mencurah-curah ke tanah..dah lama tak hujan pepagi macam ni..rasa sejuk nyaman macam ni la buat kita semua jadi lapar tak ketahuan hala..bagi yang tak sempat nak sarapan pagi tadi terpaksa la ikut perut dengan tali rapia <-- tipu je!jgn buat! kang mati anak orang..;)

sila cakap fae jahat sekarang! sebab fae nak bagi air liur korang meleleh-leleh tengok apa yang fae nak tayang kat korang..-_- sebelum ni fae ada buat entry berkenaan kek yang TERUJA RASA <sila click> sekarang fae nak tunjuk kat korang plak chocolate dan cupcakes yang bisa melelehkan air liur korang! ;)


haa..sedap tak?ini CHOCOLATE yang fae gunakan masa hantaran hari tuh..
boleh pack macam ni atau pon bouquet

haa..nice kan?
bukan setakat chocolate sahaja tapi ada juga
CUPCAKES

ini CUPCAKES BOUQUET HAMPER FRESH FLOWER
ataupon korang mahu kan yang macam ini --->

ini pula CUPCAKES BOUQUET FRESH FLOWER

haa..cukup tak?agak mengiurkan tak? selain tempahan biasa, anda boleh tempah untuk HANTARAN ataupon nak SURPRISE kat sesiapa yang korang mahukan..parents, gf/bf ataupon kawan-kawan..;)

okelah, dah nampak macam korang dah tak sabar nak tahu macam mana nak cari semua ni kan? oke,jum kita serbu kat ------------------------>


mari kita melangkah ke sana dengan kadar segera! ;)


p/s :
  • Good things come in pairs! Sign up #P14G ONE Plan now and get 2 modems for FREE! click HERE!
::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)