♥ FOLLOWERS ♥

Friday, July 1, 2011

dah kenyang perut, pergi cuci mata dan manjakan perut lagi @ Ice Room

Assalamualaikum..
Selamat petang readers!

pening kepala tak hilang lagi dari pagi tadi..bila masuk ke tengahari datang pulak kawan bos berserta nasi beriani! ohh rezeki! sakit-sakit macam ni dapat rezeki..Alhamdulillah..;)

walaupon sakit makan tetap makan!;) berselera pulak tuh! haha..kepala otak fae memang 'nenade je dye ni!'..<nak gak comel mcm adik mia> boleh tahan la..sedap tak sedap,bila perut dah lapar..memang fae sental je apa yang ada..hehe..:)

tengah melantak, ofismate ajak merewang pulak..on aje! dia ajak pergi giant kat kota damansara kejap..sambil tunggu dia sempat la fae cuci mata dulu! puasa pon belum lagi tapi yang jual baju raya mak aii! macam esok je nak raya..pon boley lah..

sebelum sampai giant, ofismate ajak makan ice-cream kat ice room..ayoyoo! memang fae tak fikir panjang lah! on jugak! tak penah nya nak cakap taknak..badan ni pon dah nampak beza..pipi jangan kata la memang dah mula nak menonjolkan diri..-__-


tengok ni plak ktorg menketedarah macam besok dah tak boleh mkn lagi! muahaha;P semangat ckit dapat makan ice cream..





agak-agak meleleh tak air liur korang petang cenggini? saje je letak pic bagi korang terliur sampai tergedix-gedix nak p cari ice cream pulak..hehe;P

p/s :
  • dapatkan pas eksklusif untuk menonton LIVERPOOL FC di SINI
  • dapatkan pas eksklusif untuk MTV World Stage di SINI
  • top-up dan anda berpeluang memenangi iPad 2 dan iPod Nano di SINI


dapatkan segera! jangan lepaskan peluang!

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Thursday, June 30, 2011

nyut nyut kepala rasanya mahu pecah! grr!

Assalamualaikum..
Selamat pagi readers..;)

apa kena hari ni fae pon tak tahu..tetiba sakit kepala berdenyut rasa nak pecah je..pandangan kabur..<of course lah! sebab mataku rabun! ;P > ada kaitan ke dengan apa yang fae melantak pagi tadi?

masa pagi tadi sebelum pergi kerja ok je..pening ke apa ke jauh sekali..tak rasa apa-apa pon..kat rumah tadi pon tak sempat nak breakfast..bukan sebab apa, dah terlambat..memang berkejar jugaklah nak cepat sampai kat ofis..-__-

dah la terlambat pastu kena redah jam plak, sampai je kat meja rileks jup..semput youu! naek tangga bertingkat-tingkat sampai atas je dah rasa semput nak pengsan! perut kemain lagi tendang menendang mogok la konon nak manja-manja! grr!-__-

dengan langkah gedik+lesu+ longlai terus ke pantry..mengeledah semua nak cari menatang apa yang boleh fae lahap fae ni..haha..menatang tuh bukan binatang ye kawan-kawan! kang ada yang ingat fae bela menatang kat ofis untuk di makan! ngeee!

fae nampak biskut munchys! aww! rembat jelah! feberet tuh! chocolate creams! air? erkk..gelojoh sangat makan..ade white coffee? argh! bantai jelah..mcm sedap je! panas...melecur lidah lembut kuh! sekali makan punya makan, minum punya minum, kepala fae jadi ini macam --->@#$$%^&*(*&*^


pening tahap boleh hantuk pale kat dinding dah ni weyh!ada kena mengena ke dengan apa yang fae makan pagi tadi..sobsob..;( wuarghh!


p/s :
  • menangi iPad 2, Canon EOS 550D dan macam-macam lagi di SINI ! segera!
  • mahu muzik video anda dipilih untuk disiarkan di ASTRO Channel 318? hantarkan penyertaan anda di SINI 


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, June 28, 2011

hari-hari redah jam, dengar lagu jiwang time hujan pon boley jugak..

Assalamualaikum..
Hello readers..selamat petang!

pagi ni hujan lagi sekali..sekarang musim hujan pepagi buta..memang mood nak tido tuh melebihi mood nak pergi kerja..memang tak di nafikan sebab pagi tadi fae hanyut dengan mimpi-mimpi yang indah sampai tak sedar dah terlewat nak pergi kerja..-_-

itupon terjaga sebab terkejut beruk bila mak kejut dan bagitahu dah pukul 8..sepantas kilat fae bangun! grrrr! macam nak mampos je bila bangun macam tuh..bukan ape mak buat macam tuh sebab dah banyak kali dia kejut tapi fae tak bangun-bangun..sekali dia bengang, haa..hamek kau! melompat!

bila nak pergi kerja plak hujan turun lebat mencurah-curah! wuarghh! leceh betul sebab dah la lambat pastu jam memang makin menjadi-jadilah! tu lah, bangun lambat lagi..ni la padahnya..grr! -__-


macam tu lah keadaan nya pagi tadi masa nak pergi kerja..terpaksa redah jam tahap melampau..pergh! bosan kot..fae dengan tak bersalah pasang radio kuat-kuat dan layan lagu jiwang..haa..layan lagu jiwang time hujan-hujan ni pon best jugak kan? memang feel giler kot! haha;P

apa yang korang gelak-gelak..eleyh..macam tak pernah layan lagu jiwang time hujan plak kan?feel dia lain macam kan?haa..korang nak tau fae layan lagu ape tadi? tak tau la korang pernah dengar ke tak tapi lagu ni memang sedih kot..

tak payah banyak cerita lah..meh layan lagu ni dulu kat SINI
fae sertakan lirik dia sekali ---->

Eren - Takkan Pisah
sayang aku ingin berbicara kepadamu
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku

bila nanti orang tuamu tak meredhai dengan
apa yang ku rasakan padamu
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
begitu pun orang tuaku
kau takkan tinggalkanku
takkan pernah, sayangku
janjimu janjiku untukmu

takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di syurga
jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mahu
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mahu

p/s :
  • menangi iPad 2, Canon EOS 550D dan macam-macam lagi di SINI ! segera!
  • mahu muzik video anda dipilih untuk disiarkan di ASTRO Channel 318? hantarkan penyertaan anda di SINI 
::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)