♥ FOLLOWERS ♥

Monday, June 27, 2011

kenduri kendara 3,2,1 Cinta!

Assalamualaikum..
Selamat petang readers..

matahari dah muncul maka dengan serta merta mood fae pon hangat mcm matahari nak update blog lagi..gege! update blog sambil makan kopok ikan pon sedapp!-_-

ini kisah berminggu-minggu yang lepas..walaupon dah lapuk tapi rasanya nak story jugak! yang ni selepas fae balik dari pahang hari tuh..ermm..dah tak ingat eyh? lai lai..baca dulu sambil rileks-rileks minum kopi kat SINI, SINI dan SINI jugak..;) terima kasih !

walaupon penat semua tuh tolak tepi..memang kalah kalau bab-bab makan ni..hehe;) hari tuh ada dua tempat kenduri..wah! rezeki..rezeki! ;) mula-mula g kat selayang dulu..lepas tuh baru pergi kat gombak! kenyang jangan kata lah sampai nak bernafas pon rasa sesak..T-T

dah settle semua tuh fae pon lepak lah dengan boyfie..taktau nak pergi mana pulak..so ktorg decide tengok movie kat Brem Mall je..ktorang tengok movie :

para pelakon dalam filem 321 cinta ni ialah Diana Amir sebagai Sam (watak tomboy), hero ialah Farid Kamil sebagai Nazril, Pierre Andre sebagai Fariz.. Pelakon lain dalam filem ni Ialah Sheila Mambo, Mustapha Kamal dan Zila Bakarin



Sinopsis 321 Cinta
Sam seorang  gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.
Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.
Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

kena tengok sebab :

  • best!
  • pelakon jugak hebat-hebat belaka
  • nak tau macam mana perempuan ngorat lagi?kena tengok k..
  • perubahan seorang perempuan dalam memenangi insan yang di sayanginya
  • keutuhan cinta seorang lelaki terhadap wanita yang disayanginya




p/s :
  • jum belajar dance kat SINI untuk melonggarkan otot-otot yang tersimpul rapi! ;)
  • dapatkan Samsung Galaxy S II kat SINI..cepat!
  • dapatkan tiket untuk Konsert Lady Gaga di SINI..


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sunday, June 26, 2011

pepagi buta rindu suasana kampung...

Assalamualaikum..
Selamat pagi readers...

pagi yang nyaman lagi sejuk menusuk sampai ke tulang temulang ni, fae dengan serta merta ke pantry untuk buat milo panas..;) aww! aroma memukau..memukau sampai tak sampai nak minum..melecur lidah tak pasal-pasal..-_-

mood pergi kerja hari ni adalah zero! memang takda mood langsung nak mem'bz'kan diri dengan kerja..maybe disebabkan faktor persekitaran yang nyaman yang membuatkan seluruh tubuh badan menjadi malas melebihi tahap kebiasaan! 

teringat masa kat kampung..bangun pagi je terus keluar rumah..hirup udara yang segar-bugar..dengar burung berkicau pepagi buta..kena pulak dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa..wuarghh! rindu nak balik kampung..

bila matahari dah terbit, burung berkicau sana sini mencari rezeki, ayam itik ke hulu ke hilir cari makanan untuk anak-anak..sobsob..tanak cerita panjang-panjang..sumpah dah rindu gila nak balik kampung nak rasa udara yang macam ni..;(

jum kita layan jup suasana kampung yang sempat dirembat kat pakcik google :





rindu..sobsobsob

p/s :
jum belajar dance kat SINI untuk melonggarkan otot-otot yang tersimpul rapi! ;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Friday, June 24, 2011

tetiba aku rasa nak tydo je..

Assalamualaikum...
Hello readers..selamat petang..

fae baru lepas makan nasi paprik ayam..;) sedap jangan ceritalah sebab memang fae teramat la lapar nak mampos bila dapat makan sebijik karipap je pagi tadi..;( bila dapat makan rasa macam bernyawa dan dapat hidup lama..;)

dah abis melantak mula lah fae dan ofismate bukak langkah beribu-ribu sebab dalam hati kemain lagi menggedix nak cuci mata..;) masa tuh la jugak nampak baju cantik, kasut pon cantik jugak, tudung pon cantik tapi bila bukak wallet rasa mcm nak balik masa tuh jugak sebab terlampau kecewa..-_-

memang sadis sgt then ofismate ajak pergi court mammoth..dia nak cuci mata katanyaa...i followw...bole fae cuci mata sekali..;) dah masuk situ mula la rambang mata kemain lagi..ada sofa terus rasa nak landing..nampak katil pulak..jangan kata lah..ohh dugaan bila perut dah kenyang!T-T

yeah! salah satu cara nak bagi hilang mengantuk, tambah nak hilangkan kegeraman tak dapat landing kat atas katil yang nampak best lagi empuk tuh, macam biasa lah kan..snap sana sini..;)

tak cukup sorang-sorang je..
ajak ofismate fae pulak join..;)


dah dah cukup..sekali tengok jam..hamek kau! dah nak dekat pukul 2..kena balik ofis dengan kadar segera sebelum bos mengamuk..tapi sebenarnya bos tak pernah mengamuk sebab bos fae memang terbaik dari ladang..;)

  • dapatkan Samsung Galaxy S II kat SINI..cepat!
  • dapatkan tiket untuk Konsert Lady Gaga di SINI..


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)