♥ FOLLOWERS ♥

Tuesday, June 7, 2011

nasi goreng kampung! wah! dah tukar imej !;)

hello readers! bila perut da kenyang, mata mula memberi isyarat nak melelapkan mata..adush! tolonglah fae,bos ade kat ofis ni, jangan nak buat gila oke! bersabarlah wahai fae..terpaksa lah dengar lagu yang boleh mengoncang kepala otak supaya tak terlelap..hoho

tadi fae tapau je tyme lunch tadi..malas nak keluar..ofis fae ni duk kat pelusuk alam..so klu nak keluar mkn kenalah keluar jauh sikit..tapi ade jugak kedai makan kat area cni..macam kedai makan biasa la..tapi masakan dye..fuhh! 1st class youu! tak tipu punyalah! memang meletop! org lelaki yg masak..org kata kalau lelaki masak memang sedap!;)

kebetulan hari ni ofismate fae kerja halfday, so tetiba rasa malas nak keluar..so fae decide tapau kat gerai tu lah!..malas nak tunggu lama-lama punya pasal, fae col dulu order nak makan ape..nnty da siap g dtg amik je..;) masa pergi tuh semua org yg kerja kat situ pandang fae semacam! mak aihh! mula la pk bukan..alamak! aq pakai baju koyak ke?hmm..serba tak kena..malunya..sampai je kat cashier, akak tuh da senyum-senyum kambing.."eyh deq,da tuka imej ke?da bertudung sekarang! akak ingatkan sape..tak kenal dah!"..bukan stakat tu je tukang masak n dak2 yg kerja situ semua berenti keje tgk.."aah la! da pakai tudung la..tak kenal dah tapi ayu lah!" perghhh! penuh dgn puji-pujian! sumpah malu giler! baru teringat start fae pakai tudung ri tuh tak pernah pergi beli kat c2 lagi..tu yg dorang terkejut..ya Allah! ingatkan fae pakai baju koyak la bila semua pandang semacam! tapi dalam hati..hmm..kembang jugak kot weyh! hahaha;P

dah dah! cukup segan..malu malu kucing fae duk kat situ lama-lama..malu weyh! kena puji mcm tuh! cepat-cepat larik balik ofis mengenangkan perut da lapar sgt2! wahh! santapan ku hari ni adalah nasi goreng kampung! sungguh menyelerakan sampai kembong n buncit perut fae kekenyangan! Alhamdulillah..;)


yg ni fae curik kat google je!
nasi goreng yg fae makan tuh tak sempat nak snap pic
sebab da lapar sgt..terus melantak!haha;P

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Monday, June 6, 2011

bangun! bangun! pergi kerja! kerjalahhh!

hello peeps! selamat pagi! walaupun perut rasa memulas kelaparan tapi semangat yg sgt hebat telah menular ke seluruh pelusuk badan..haa..tuh nak bagitau betapa semangatnya nak meng update blog! ngeee!;) rasa mcm da lama plak tak membebel dan bercerita tentang diri sendiri..kebanyakkan entry yg lepas banyak berkisar pasal isu semasa je..pasal orang buang baby <click>, pasal video clip hot <click> dan feedback dari Gambit berkenaan dgn video clip yang mencetuskan kontroversi yg diarahkannya.

okelah,malas nak cerita banyak sebab ade jugak yg marah bila fae bersuara..niat fae tak terpesong pon..juz memberi pendapat sahaja supaya org lain tak lakukan kesalahan yg sama..oke..kita tutup kes! :) semalam fae kerja halfday sebab nak bwk adeq fae g checkup!;) sekarang dye da 5 bln..oke..nnti fae update pasal c debab tuh..;)

semalam pas da settle kat klinik,fae pon balik la..sampai ruma dlm pukul 4..ohh!awal lagi ni..tibe-tibe perut menggelupor mintak di isi..tanpa berfikir pjg terus layan perut ni..erkkk!Alhamdulillah..kenyang...dengan sepantas kilat mata jadi mengantuk..oke..standard la kan lepas mkn mata mengantuk...bawak diri ala-ala org merajuk terus rebahkan diri atas katil yg empukkkkk! bila mengantuk tak empuk pon ckp empuk kann?haha

petang pukul 6 baru bangun..e2 pon my boyfie kejut..klu tak maybe sampai esok kot baru bangun..haha..letih la sgt..yela..weekend ri tuh sedara dari kedah dtg rumah..da macam kenduri je rasanya!;) da bangun terus cari remote tv yg ntah kat mana-mana sebab hati tergedik-gedik nak tgk sinetron Cinta Melody. Disebabkan da lama gila tak layan cerita ni tibe-tibe rasa mcm da tak fhm! grr! malas nak layan lah! malam pulak lepak kat bilik sambil layan novel sampai la tertido..tydo lagi ..ZzzzzZZZzzzzz

ni macam tydo tak sedar diri bila tibe-tibe my boyfie col "bangunlah syg! da pukul berapa ni!" arghhh! kerjaaaaa! malasnye rasa bila da dpt mimpi yg memang indah..<-- poyoss! haha;P bila bangun ade hati lagi tgk Tom & Jerry dulu..hikhik..tgk jam da kelam kabut pergi mandi..siap2 n terus gerak pergi kerja..sumpah rasa mcm malas pulak padahal mlm tadi rasa semangat je nak pergi kerja..huhu..bila nak cuti ekk?


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Sunday, June 5, 2011

org america dah pandai tgk vc melayu!

hello peeps! berhubung dengan entry INI <click> , feedback yg diterima agak dasyat jugak! yela kat entry fae tuh korang boleh tgk vc yg agak tidak bermoral n menghairahkan..vc itu fae selitkan sebab nak korang beri pendapat patutkah vc itu dibuat utk tontonan rakyat Malaysia yg kebanyakkan beragama islam! ape motif vc itu dibuat? salah seorang director vc itu adalah Gambit Abdullah! apa feedback dari beliau apabila ramai yg memberi comment tentang vc yg diarahkannya :


KUALA LUMPUR: “Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip video berbaur seks.


Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan mengghairahkan.


Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.

“Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.


“Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk menilai sama ada menerimanya atau tidak,” katanya.



Sumber : Harian Metro




meh sini fae nak comment sikit :



  • "Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium"
- hello! buta ke ape? lucah bukan bermaksud setakat cium shj ! pergerakan dan bahsa badan juga boleh dianggap lucah! tgk balik vc tuh..memang takda cium tapi yg bergesel-gesel tuh ape ye?tak lucah eyh??



  • "video itu sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan"

- oke,org Amerika da pandai tgk vc melayu! wow! dasyat eyh? brapa org Amerika yg nak tgk vc ni? klu lagu Inggeris tak kesah lah! tapi vc tuh lagu melayu oke! dimana letaknya budaya org Melayu? ini ke yg nak dipertontonkan kepada org luar tentang kehebatan vc Malaysia?isk3!



  • video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.

- bagi fae lah,vc dgn jalan cerita tak berkaitan langsung! takda kena mengena! tapi kenapa aksi yg mcm tuh jugak yg nak dipertontonkan? buat cerita lain lah! lagi oke fae rasa! tak payah nak mat saleh sgt lah! grr!



  • “Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks."

- oke, tak berniat atau sengaja ye? macam mana kalau budak-budak yg tgk vc ney ye?so anda nak comment "saya tidak berniat nak tayang aksi ini kepada budak-budak?" sepatutnya anda lebih arif sebab budak-budak sekarang lagi arif !



  • “Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube untuk pasaran Amerika."

- oke,kat Malaysia da tak boleh tgk youtube ke? dah la malas nak comment! Gambit anda FAILED wat vc!


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)