♥ FOLLOWERS ♥

Thursday, May 12, 2011

cinta melody


hello peeps! yeah! mlm ney sempat jugak fae nak update blog..berpeluh-peluh kepanasan ney..yela sekarang musim panas tapi alhamdulillah..arini kat damansara hujan oke!;) hujan rahmat tuh! lega sikit sebab sepanjang hari matahari terik..;) masa balik keja tadi hujan da benti..so boleh la fae layan sinetron CINTA MELODY..haa..korang pon layan jugak ke?ney cite selepas sinetron KEJORA DAN BINTANG menutup tirai..;) jum kita tgk sinopsis cerita ney oke!;)
SINETRON CINTA MELODY (ASTRO RIA)
Hari Tayangan: Isnin hingga Jumaat
Masa Tayangan: 6.30 petang
Tarikh Tayangan: 5 MEI 2011
Episode: 36 episod.
Pelakon: Chelsea Olivia (Melody), Randy Pangalila (Elang), Poppy Bunga (Jelita), Fendy Chow (Raffi), Fanny Ghassani (Sonia), Ryana Dea (Ajeng)
Lagu tema Ost Cinta Melody = Aishiteru (Aku Cinta Kamu)


SINOPSIS
Melody adalah gadis yang cantik dan cerdas. Dia bekerja sebagai supervisor di sebuah perusahaan mie instant/makanan ringan. Melody tinggal bersama nenek (Fatima), ibu (Nissa), tante (Hanny), dan dua sepupu (Agung dan Jelita). Hanny dan Nissa adalah dua menantu Fatima yang tinggal bersama, setelah anak-anak Fatima (Fajri dan Fajar) meninggal secara bersamaan kerana kemalangan. Semasa kemalangan itu, hanya mayat Fajri yang ditemui sementara mayat Fajar tidak ditemui. Hal ini menyebabkan Nissa bersikap keras bahawa suaminya masih hidup. Nissa akan marah jikalau Fatima ingin membuatkan makam untuk Fajar. Nissa akan memberi alasan bahawa tidak masuk akal membuat makam tanpa ada jasad. Sementara itu Hanny sangat membenci Nissa kerana dia merasa bahawa suaminya meninggal kerana kecuaian Fajar memandu kereta. Hanny menganggap Nissa adalah janda pembunuh.
Suatu hari, Melody bertemu dengan Elang dan tidak sengaja melanggarnya. Terjadilah pertengkaran di antara mereka. Elang sebenarnya anak pemilik perusahaan tempat Melody bekerja. Elang dididik orang tuanya (Anggika dan Bharata) untuk mewarisi perusahaan mereka, tetapi harus dari level bawah dahulu. Dan Bharata menempatkan Elang sebagai asistant Melody. Betapa terkejutnya mereka berdua ketika menyedari yg mereka harus bekerja bersama. Pertengkaran dan perdebatan sentiasa mewarnai pekerjaan mereka.
Saat tak sengaja bertemu dengan Bharata, Melody terpana kerana wajah Bharata mirip sekali dengan Fajar, ayahnya, tapi Melody berusaha menepis semua itu. Padahal Bharata sebenarnya adalah Fajar, yang mengalami amnesia setelah ditolong Anggika dari kecelakaan bertahun-tahun yang lalu. Rahsia yang disimpan ini terusik apabila tiba-tiba Bharata mempersoalkan tentang masa lalunya. Anggika cemas, dia mula menyelidik, semua ucapan Bharata keluar setelah dia kenal dengan Melody.
Anggika pula ingin mengetahui tentang Melody dan keluarganya. Anggika berasa lega kerana Melody adalah anak suaminya. Ia berusaha keras menjauhkan Bharata dari Melody. Bahkan apabila Elang semakin dekat dengan Melody, Anggika semakin bertindak keras dan menjodohkan Elang dengan Ajeng. Ajeng yang memang mencintai Elang dan membenci Melody senang atas keputusan Anggika, tapi tidak bagi Elang.
Ancaman demi ancaman keluar dari Anggika agar Elang menjauhi Melody kerana kalau tidak Melody akan sengsara. Elang khuatir sehingga dia pun perlahan-lahan menjauhi Melody tapi tidak juga mendekati Ajeng. Elang malah tidak sengaja bertemu dengan Jelita, sepupu Melody. Jelita sendiri sangat menyukai Elang dan dia sering mencari kesempatan untuk jalan berdua.
Adakah cinta Melody pada Elang akan berakhir bahagia? Adakah Melody akan tahu bahawa Bharata adalah ayah kandungnya? Saksikan semuanya dalam Cinta Melody di Astro Ria selama 36 episod..jum kita tunggu kisah seterusnya!;)

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Wednesday, May 11, 2011

bebanan ku berkurang!

hello peeps! sihat? sekarangi baru sempat fae nak conteng sumtin kat blog tersyg ney..hee;P ptg semalam keje bagai nak gila kena siapkan 1 sebutharga utk northern hospital..masak mak nok item dekat 100..rasa mcm nak lari balik ruma je..buat kerja da tak pndang kiri kanan da..berpeluh-peluh fae wat keje nak settlekan semua tuh even kat ofis ney ade je aircond..haha..dasyat tak?tapi sekarang kan musim panas..memang rasa panas je memanjang..

sekarang ney sempat la fae curi-curi masa nak update blog neyh..tapi after lunch tyme tak tau la pulak..hehe..jeles tau tgk korang dapat update blog..fae bz tersgt2 la..i-allah start minggu depan da oke balik la coz ofismate fae da masuk keje..lega rasanya.........haha;P

so sekarang..fae nak terjah korang jup..thx sapa yg follow fae tuh..fae nak p melawat korang pulak tau..jgn halau fae kua pulak ye..nanges kunk!;P so jup g da bole mkn...mkn..n mkn sampai lebam...

::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)

Tuesday, May 10, 2011

jangan di kenang kalau di tinggalkan!

hello peeps! korang da mkn ke? hurm..act,fae agak bz sekarang tapi bole pulak fae blogwalking jup!hee! gatai..tadi berjoging-joging dari blog ke satu blog fae terjumpa satu entry berkenaan kisahnya di tinggalkan kekasih..sedeyh jugak baca...

sapa tak sedeyh bila kena tinggal dek kekasih yg di sayangi sesuka hati..bek bgtau fae sapa yg suka tuh? lain la if  couple korang buat perangai..hi hi bye bye je la kan..lega rasanya kan..tapi mcm mane pulak klu org yg tinggal kita tuh yg kita bagi sepenuh harapan kat dye..dye yg kita paling syg..kira takde dye boleh buat cubaan bunuh diri lah! heyy..jgn..jgn...dilaknat Allah nnti..

kalau kita da sakit aty mcm2 bole buat tapi korang kena ingat, jgn disebabkan tuh semua hidup korang hancur n dye plak tersenyum tgk korang..ingat kita kena kuat walau ape pon jadi..org akan ckp..'eleyh fae..ko tak rasa boleh la ko ckp!" hello..fae pon pernah terkena gak tau..siyes tak tipu...fae pon belajar dari kesilapan..fae pon pernah punah segala harapan..bagaimana rasa nye..sama je dgn ape yg korang rasa bila terluka...sedeyh woo..jum baca KISAH SADIS FAE <click>

tapi korang kena ingat..setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..kita tak selalunya di atas..roda kehidupan akan selalu berputar..kita akan rasa bagaimana kita berada diambang kebahagiaan dan sampai masa kita akan rasa bagaimana berada di tahap yg paling rendah! lumrah dunia dan hukum karma..semua org pasti merasainya..kuatkan hati dan semangat sebab suatu hari nnty ada yg terbaik utk kita..percayalah...n bersabarlah..kebahagian pasti milik kita..;)


::sekian::

terima kasih sudi baca! sila tinggal jejak! ;)